Page 5 - Buletin Dis 2013_2
P. 5

info@pustaka
                                  Lakukan penyelenggaraan komputer anda

                                  sendiri : Cara mudah !

                                  Oleh Khairul Asyrani bin Sulaiman
         Artikel kali ini saya akan memperkenalkan tiga perisian percuma yang boleh anda gunakan untuk
         memperbaiki prestasi komputer anda di tempat kerja dan juga di rumah.



         Ccleaner adalah perisian untuk anda menyingkirkan
         fail-fail  yang tidak  lagi  digunakan  oleh sistem
         pengoperasian komputer anda.  Usah bimbang, yang
         dibuangnya bukanlah  fail  yang anda hasilkan, tetapi
         adalah fail-fail  sementara yang  dihasilkan secara
         automatik tatkala anda menggunakan satu-satu perisian.
         Gunakan fungsi  Cleaner secara  kerap untuk  prestasi
         komputer maksimum.
         Ianya boleh dipindahterima secara PERCUMA.







                                                           Defraggler  pula adalah perisian untuk  anda menyusun
                                                           semula kedudukan-kedudukan  fail di  dalam cakera  keras
                                                           anda agar ‘perjalanan’ cakera keras anda sentiasa teratur
                                                           dan  ‘tidak  melompat-lompat’.  Anda  tentu  biasa  dengan
                                                           bunyi ‘ketak-ketak’ apabila anda menggunakan komputer.
                                                           Ini  adalah bunyi daripada cakera keras  yang cuba
                                                           membaca fail  yang terletak  berjauhan antara satu  sama
                                                           lain.  Dengan  Defraggler  ‘yang  jauh  di  dekatkan’.  Juga

                                                           adalah PERCUMA.









         Seterusnya,  Malwarebytes  bukanlah pengganti
         kepada perisian antivirus.  Tetapi  ianya adalah
         tambahan. Laksanakannya sekurang-kurangnya
         seminggu sekali  untuk menyemak  kandungan cakera
         keras  anda daripada virus dan malware yang
         tertinggal untuk disemak oleh perisian antivirus anda.
         Dan ya, ia juga PERCUMA.


         Gunakan Google untuk mencari dan
         memindahterima ke semua perisian yang saya
         nyatakan di atas :)


         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10