Page 10 - Buletin Dis 2013_2
P. 10

Program Pendidikan Pengguna Bantu Menjayakan
         info@pustaka             Program Smart Pasca

                                                                                  Oleh : Afzanizam b. Dullah Hashim

                                                                      Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Pendidi-
                                                                      kan Sultan Idris telah menganjurkan satu program
                                                                      khusus  untuk  pelajar  pascasiswazah  iaitu  Program
                                                                      Smart  Pasca  yang  telah  diadakan  dari  26-30
                                                                      November  2013.  Program  Smart  Pasca  dibentuk
                                                                      oleh  pihak  IPS  bagi  memenuhi  keperluan  pelajar
                                                                      pascasiswazah  mengikuti  satu  pakej  khas  semasa
                                                                      musim  cuti  sekolah  bagi  tahun  2013.  Program  ini
                                                                      mensasarkan  60  orang  peserta  terawal  sahaja.
                                                                      Program  ini  telah  menggariskan  enam  objektif
                                                                      utama  dan  salah  satunya  adalah  memberi  peluang
                                                                      kepada  pelajar  mendalami  dan  mempelajari  hal
                                                                      berkaitan  perkhidmatan  yang  sedia  ada  di
                                                                      Perpustakaan Tuanku Bainun.



         Bagi menjayakan objektif dan sasaran program ini, Perpustakaan Tuanku Bainun telah diberi mandat untuk membantu
         para  peserta  khusus  untuk  mempelajari  perkhidmatan  dan  kemudahan  yang  ada  di  perpustakaan.  Slot  untuk
         perpustakaan bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam bermula 26 – 29 November 2013. Lokasi program adalah di
         Bilik  Serbaguna  1,  Aras  4,  Perpustakaan  Tuanku  Bainun.  Program  yang  telah  diadakan  adalah  Program  Pendidikan
         Pengguna. Kandungan program adalah penggunaan Pustaka Knowledge Portal, penggunaan pangkalan data atas talian,
         panduan penyediaan bibliografi dan lawatan berpandu perpustakaan. Program dijalankan secara taklimat dan ‘hands on’.
         Pada malam pertama, peserta telah diberi taklimat pengenalan kepada perpustakaan, penggunaan Pustaka Knowledge
         Portal dan penggunaan OPAC. Pada malam ke dua, peserta didedahkan kepada penggunaan pangkalan data Proquest,
         pangkalan  data  Ebscohost  dan  penyediaan  bibliografi  gaya  APA  melalui  sistem  yang  disediakan.  Pada  malam  ketiga,
         peserta  didedahkan  kepada  penggunaan  pangkalan  data  Springerlink,  pangkalan  data  BLIS,  pangkalan  data  Taylor  and
         Francis dan pangkalan data Emerald. Pada malam terakhir, peserta didedahkan kepada penggunaan Refworks, pangkalan
         data I-SYS dan sesi soal jawab. Tepat jam 9.30 malam peserta dibawa melawat sekitar perpustakaan.



                                                                          Secara  keseluruhanya,  program  seumpama  ini
                                                                          telah membantu peserta dalam proses pembe-
                                                                          lajaran mereka di UPSI. Maklumbalas hasil dari
                                                                          program ini juga amat memberangsangkan. Ini
                                                                          kerana  peserta  berpuashati  dengan  program
                                                                          yang dihadiri yang dikatakan banyak membantu
                                                                          mereka  kelak.  Pihak  IPS  perlu  meneruskan
                                                                          program  seumpama  ini  pada  masa-masa  akan
                                                                          datang  dan  penglibatan  perpustakaan  amatlah
                                                                          diharapkan.









         10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15