Page 13 - Buletin Dis 2013_2
P. 13

Bil. 17/ Disember 2013
          Sistem RFID

          Sesebuah  sistem  RFID  merupakan  koleksi  komponen  bersepadu  peralatan  yang  melaksanakan  sebuah
          penyelesaian berasaskan RFID. Sebuah sistem RFID meliputi komponen-komponen berikut:




                             Tag. RFID tag terdiri daripada pelbagai jenis
                             iaitu tag aktif, tag pasif dan juga semi aktif.





          Pembaca (reader). Merupakan komponen penting untuk mengimbas dan membaca
          data yang disimpan di dalamnya.







                                          Pengawal (controller)       .    Controller   merupakan      satu-satunya
                                          komponen di dalam sistem RFID yang membolehkan wujudnya komunikasi
                                          di antara tag dan pembaca RFID. Bagi generasi baru pembaca, pengawal ini
                                          berada secara bina-dalam (built-in).




          Sensor,  pendorong  dan  penyalir  (sensor,  actuator,  annunciator).  Sensor  digunakan  untuk
          menghidupkan  atau  mematikan  pembaca  tag  rfid  secara  automatik.  Pendorong  atau  actuator  merupakan
          sebuah  peranti  mekanikal  yang  mengawal  atau  menggerakkan  objek.  Sebagi
          contoh,  pintu  akses  barrier  gate  yang  terbuka  apabila  kad  yang  mempunyai  tag
          dibaca. Penyalir atau annunciator adalah isyarat elektronik atau indikator. Sebagai
          contoh, penggera panel keselamatan yang berbunyi apabila buku di bawa keluar
          tanpa data kebenaran keluar diubah pada tag rfid.






          Sistem perisian dan hos. Secara teorinya, sistem RFID boleh berfungsi tanpa sebuah sistem perisian .
          Namun secara realiti atau praktik, RFID tidak mempunyai nilai jika berfungsi secara bebas tanpa didokong
          oleh sistem pengurusan atau perisian.


          Infrastruktur komunikasi. Komponen mandatori ini menyediakan sambungan dan membolehkan sistem
          pengurusan dan keselamatan bagi pelbagai komponen yang ada di dalam sistem RFID berfungsi dengan baik.





         13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16