Page 12 - Buletin Dis 2013_2
P. 12

info@pustaka

                                                  UHF VS HF Oleh: Mohamed Zaid Idris


         RFID  merupakan  sebuah  teknologi  yang  semakin  berkembang  dari  masa  ke  semasa.  Bermula  dengan
         penggunaan di sektor industri, sektor ini kini banyak beralih ke sektor maklumat dan juga lain-lain sektor yang
         melibatkan  pengesanan  item.  Apakah  RFID  atau  Radio Frequency Identification  ?   RFID  teknologi  merupakan
         sebuah teknologi yang menggunakan gelombang radio mengenal atau mengesan sebarang objek fizikal. Dengan
         kata  lain,  RFID  merupakan  sebahagian  daripada  contoh  teknologi  Auto-ID  (Automatically Identification)  yang
         membolehkan objek fizikal dikenal pasti secara automatik. Lain-lain contoh teknologi Auto-ID adalah seperti
         penggunaan kodbar, bio-metrik (seperti penggunaan cap jari dan imbas retina), pengenalan berasaskan suara
         dan sistem perakuan karakter optik atau OCR (optical character recognition).



         Kelas frekuensi RFID

         Secara asasnya terdapat empat (4) jenis frekuensi RFID iaitu Low Frequency (LF), High Frequency (HF),
         Ultra High Frequency (UHF) dan Microwave Frequency. Berikut adalah perbandingan di antara keempat-

         empat kelas frekuensi yang dinyatakan.

                                                                 Mempunyai  frekuensi  di  antara  30KHz  dan
                                                                   300KHz.
                                                                 Bagi  aplikasi  sistem,  julat  frekuensi  yang  sering
                                                                   dipakai adalah di antara 125KHz hingga 134KHz.
                   LOW FREQUENCY (LW)                            Berfungsi  dengan  baik  di  keadaan  yang
                                                                   mempunyai  besi,  cecair,  kotoran,  salji  atau
                                                                   lumpur.
                                                                 Diterima pakai di seluruh dunia.
                                                                 Julat frekuensi adalah dari 3MHz hingga 30MHz.
                                                                 Bagi  aplikasi  sistem,  frekuensi  13.56MHz  sering
                                                                   digunakan.
                   HIGH FREQUENCY (HF)                           Frekuensi ini banyak digunakan di perpustakaan,
                                                                   hospital dan perladangan.
                                                                 Julat frekuensi ini diterima di seluruh dunia.
                                                                 Julat frekuensi adalah dari 300MHz hingga 1GHz.
                                                                 Bagi  penggunaan  biasa  atau  menggunakan  tag
                                                                   pasif, sistem beroperasi pada frekuensi 915MHz
                                                                   (USA) dan 868MHz (Europe).
                                                                 Digunakan untuk industri pertahanan, logistik dan
             ULTRA HIGH FREQUENCY (UHF)
                                                                   peruncitan.
                                                                 Tidak  diterima  sepenuhnya  di  seluruh  dunia.
                                                                   Jepun dan China adalah contoh negara yang tidak
                                                                   membenarkan penggunaan frekuensi ini.
                                                                 Julat frekuensi melebihi 1GHz.
                                                                 Bagi aplikasi sistem, julat yang sentiasa digunakan
                                                                   adalah di antara 2.45GHz atau 5.8GHz.
                 MICROWAVE FREQUENCY                             Penghantaran  data  yang  paling  pantas  di  antara
                                                                   tag dan pembaca.
                                                                 Digunakan  dalam  aplikasi  industri,    saintifik  dan
                                                                   perubatan.

         12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16