Page 14 - Buletin Dis 2013_2
P. 14

info@pustaka
                                 Aplikasi RFID di perpustakaan




















































          Perlaksanaan sistem RFID di perpustakaan boleh meliputi dari pelbagai aspek. Bermula daripada pengurusan
          inventori  sehinggalah  kepada  produktiviti  operasi  sesebuah  perpustakaan  itu.  Sistem  RFID  juga  boleh

          digunakan sebagai sistem keselamatan perpustakaan. Namun bagi senario amalan sistem RFID di kebanyakan
          perpustakaan  di  Malaysia,  penggunaan  sistem  hibrid  RFID  merupakan  satu  kaedah  yang  terbaik  yang
          diamalkan. Sistem hibrid RFID merupakan sebuah sistem yang menggabungkan teknologi RFID dan teknologi
          Elektromagnet (EM). Teknologi EM digunakan sebagai sistem keselamatan untuk bahan-bahan perpustakaan
          selain tag RFID yang berada pada bahan perpustakaan.

                 Berdasarkan  senario  masa  kini,  sistem  HF  RFID  telah  menerima  persaingan  hebat  daripada  UHF
          RFID. Namun HF RFID telah mempunyai tahap kematangan yang diperakui oleh kebanyakan perpustakaan
          terutamanya  perpustakaan  akademik.  Malah  HF RFID  telah  menepati piawaian  ISO  bagi  pengurusan  item
          iaitu ISO 18000 dan juga ISO 14443. Bagi UHF RFID, masih lagi banyak kajian dilakukan oleh firma pengeluar
          sistem  RFID  perpustakaan  kerana  fungsi  UHF  RFID  itu  sendiri  tidak  dibangunkan  untuk  aplikasi  di
          perpustakaan.

         14
   9   10   11   12   13   14   15   16