Page 12 - Buletin Mac 2008
P. 12
ULASAN BUKU
Buku ini penuh dengan strategi pengajaran yang praktikal dan
panduan ringkas bagi memberi ilham kepada para guru dalam
memulakan pengajaran mereka serta menjadikan bilik darjah
sebagai tempat untuk belajar dan membesar penuh intelektual
dan kemasyarakatan. Keberkesanan pengajaran yang positif
menyediakan kaedah-kaedah yang inovatif ke arah mengubah
bilik darjah yang bermasalah menuju perubahan yang positif
dan amat menggalakkan serta menyediakan panduan yang
lengkap bagi menjadikan tingkah laku negatif berubah menjadi
interaksi yang positif. Terdapat empat strategi yang diberikan
penekanan oleh penulis iaitu strategi yang meningkatkan dan
mengekalkan perhatian pelajar; merangsang kerjasama dan
kerja berkumpulan; menjadikan pelajar tersusun membina ke-
yakinan diri dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif.
Bender, Yvonne. “Keberkesanan dalam pengajaran secara
positif.” Selangor: Wisdom Mind Resources, 2007
Strategi ke arah pengajaran yang cemerlang berdasarkan
pengarang buku ini mudah untuk dilaksanakan iaitu meliputi
strategi yang dapat memperkayakan kemampuan para pelajar
untuk memahami setiap subjek yang diajar dengan berkesan
serta mengukuhkan daya pemahaman dan ingatan mereka.
Setiap bab menerusi buku ini ditulis berdasarkan situasi-situasi
tertentu yang menghubungkan para pelajar dengan kemampuan
dan kepintaran mereka. Dengan menggunakan kaedah ini,
kemampuan para pelajar akan meningkat.
Reardon, Mark and Seth Derner. “Strategi untuk pengajaran
yang hebat.” Selangor: Wisdom Mind Resources, 2007
Disediakan oleh : Muliati Abdul Samad
12