Page 8 - Buletin Mac 2008
P. 8
Anda menaip satu tugasan kerja yang diarahkan. Setelah siap tugasan berkenaan, anda diminta untuk menghantarkan
salinan soft copy kepada pegawai anda untuk disemak. Anda seterusnya menyemak saiz fail berkenaan dengan cara
berikut :
Saiznya adalah 4.8 MB atau 5,033,984 bytes. Apa maknanya angka dan unit ini ?
Sebagai permulaan, unit data terkecil dalam dunia perkomputeran adalah bit (singkatan
adalah ‘b’ dengan huruf kecil). 1 bait (singkatan adalah ‘B’ dengan huruf besar) pula adalah
bersamaan dengan 8b. 1,048,576B pula membawa kepada persamaan dengan 1 Megabait (MB).
Baik, bagi saiz sehingga 1.44 MB, satu disket yang bersaiz 3.5” yang biasa digunakan adalah
memadai.
Tetapi saiz fail yang dihasilkan di atas adalah 4.80 MB. Di mana kita hendak memuatkan fail ini bagi
tujuan penghantaran ? Cakera padat ?
Cakera padat atau ringkasannya CD mempunyai saiz storan dari 650 MB sehingga 700 MB. Saiz ini boleh digambarkan
dengan anggaran 450 sehingga 486 keping disket. Tetapi ini adalah satu pembaziran. Mengapa? Menggunakan sekeping
CD untuk data hanya sebesar 4.80 MB adalah tidak munasabah ini kerana bergantung kepada teknologi, CD hanya
boleh ditulis hanya sekali. Mari kita lihat alternatif lain.
USB Flash Drive atau sering kali juga disebutkan sebagai Thumb Drive adalah alternatif yang baik.
Thumb Drive kini biasanya mempunyai saiz bermula dari 512 MB sehingga 8 GB. Apa pula
akronim GB ini membawa maksud? GB adalah singkatan kepada Gigabait. Setiap satu
Gigabait adalah 1024 MB. Banyak bukan? Tetapi mengapa 1024 MB dan bukannya 1000
MB? Bukankah 1Kg bersamaan dengan 1000g? Di dalam dunia perkomputeran semua
unit adalah di dalam gandaan perduaan dan bukan gandaan 10 sebagaimana unit-unit kiraan
30
3
lain. 1GB misalnya adalah 2 kuasa 30 atau 2 bait manakala 1 Bait pula adalah 2 bit iaitu
8bit sebagaimana yang kita ketahui di awal artikel ini tadi. Ini adalah ketetapan yang
ditetapkan oleh kebanyakkan sistem operasi komputer sejak dulu lagi.
Berbalik pada persoalan asal, maka dengan ini memuatkan data ke dalam Thumb Drive adalah langkah efektif
bagi menghantar data dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pengguna hanya perlu menyalin dan seterusnya
memindahkan fail berkenaan ke lokasi tujuan. Kemajuan teknologi telah membawa kepada kepelbagaian teknologi
media storan. Artikel ini hanya merungkap sebahagian kecil daripadanya. Tetapi tunggu, bukankah lebih mudah jika
kita menggunakan e-mel saja untuk menghantar fail tadi ?
Disediakan oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
8