News

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

11 hours 58 minutes ago

DIARI PENGETUA: KHAZANAH MANUSKRIP PERPUSTAKAAN ✨

#demiupsi #ptbupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

13 hours 8 minutes ago

2 Julai 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan daripada Smk Taman Sri Muda, Shah Alam sempena program Jelajah Varsiti: Edisi UPSI "Murid Pemacu Kebitaraan STEM".

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang disediakan oleh PTB, di samping memperkenalkan peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi.

Seramai 47 orang, termasuk guru pengiring, telah menyertai lawatan ini. Semoga lawatan ini membawa pulang seribu kenangan dan impian.

#ptbupsi#demiupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

1 day 8 hours ago

COMING SOON!!!

"HONOR AI LAB"

DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

#demiupsi #ptbupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI

1 day 13 hours ago

Sumbangan Bermakna, Ilmu Berpanjangan

30 Jun 2026 – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), menerusi Bahagian Pembangunan Teknikal (BPT) terus memperkukuh peranannya dalam menyebarluaskan ilmu melalui program sumbangan bahan bacaan kepada institusi pendidikan Islam. En. Mohd. Razalli Ahmad Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama warga BPT telah mengadakan kunjungan ke Teratak Dusun Al-Barakah, Sungkai dan Pondok Muallim, Slim River, Perak bagi menyampaikan 200 naskhah sumbangan buku-buku agama untuk dimanfaatkan kepada komuniti ini.

Pengurus Teratak Dusun Al-Barakah, Ustaz Ezzul Hafiz, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang diberikan. Menurut beliau, koleksi buku tersebut mampu menambah bahan bacaan yang bermanfaat serta menyokong aktiviti pembelajaran dan penghayatan ilmu dalam kalangan penghuni. Penghargaan yang sama turut dizahirkan oleh Mudir Pondok Muallim, Ustaz Mohd. Tarmizi Abdul Rahman, yang menyifatkan sumbangan ini sebagai satu inisiatif murni yang amat bermakna kepada institusi mereka.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada budaya membaca dan pencarian ilmu dalam kalangan masyarakat, di samping menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang. Sesungguhnya, ilmu yang dikongsi bukan sahaja memperkaya minda dan membentuk sahsiah, malah menjadi warisan kebajikan yang manfaat serta pahalanya terus mengalir selagi bahan bacaan tersebut dimanfaatkan oleh generasi demi generasi.

#ptbupsi#demiupsi

Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI is at Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI.

1 day 14 hours ago

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dato' Dr. Md Amin bin Md Taff atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

#demiupsi #ptbupsi