Jejak Ilmu 2017

31 Oktober 2017 — Program Jejak Ilmu 2017 merupakan suatu program usahasama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Muzium Pendidikan Nasional. Para peserta perlu melalui semua ‘check point’ yang telah ditentukan dengan pelbagai jenis permainan sebelum ke garisan penamat. Bermula ‘check point’ pertama hingga ke empat di Muzium Pendidikan Nasional dan seterusnya ‘check point’ kelima hingga ke sepuluh di Perpustakaan Tuanku Bainun. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai program ini. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 orang ahli. Penyertaan dibuka kepada kakitangan dan pelajar UPSI

Persiapan oleh AJK bertugas
Taklimat ringkas kepada peserta oleh Pengarah Program, Encik Afzanizam Dullah Hashim
Peserta bergambar bersama AJK sebelum program bermula

Para peserta dilepaskan oleh Pengarah Program
Berjalan menuju ke muzium
Para peserta menyiapkan tugasan di di muzium

Antara ‘check point’ di muzium
‘Check point’ kelima di perpustakaan, mencari maklumat di rak buku

Melukis gambaran tajuk filem dan teka tajuk filem yang telah dilukis

Menerbangkan kapal terbang kertas melalui lubang kotak yang telah disediakan

Menyusun ‘lego’ mengikut gambar yang telah diberi kepada peserta untuk dilihat selama 10 saat

Mencari maklumat di makmal IT, Perpustakaan

‘Check point’ terakhir, peserta perlu menyiapkan hidangan Meng Khiam dan memakan hidangan tersebut
Para peserta menunggu majlis penutup dan penyampaian hadiah di Auditorium Perpustakaan, Aras 4

Hadiah pemenang di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris

Para peserta bergambar bersama AJK program dan Timbalan Ketua Pustakawan

AJK program yang telah bertungkus lumus menjayakan program Jejak Ilmu 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.