Tanjong Malim, 19 September 2025 – Program Ecologist Junior: Kenali Alam dan Burung anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Centre of Biodiversity and Conservation (CeBEC) dan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) telah berlangsung meriah di UPSI Adventure Park dan Fakulti Sains dan Matematik, UPSI.
Seramai 80 orang pelajar sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun telah menyertai program ini yang berkonsepkan citizen science dengan pendekatan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai aspek ekologi, pemeliharaan biodiversiti, serta pengenalan kepada spesies burung tempatan melalui aktiviti pemerhatian, permainan berasaskan alam dan bengkel mini.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkenalkan dunia sains alam sekitar kepada generasi muda, malah turut menyemai nilai cinta dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam semula jadi sejak usia awal.




