PTB kini memperkenalkan perkhidmatan EZProxy yang memudahkan pengguna perpustakaan mengakses pangkalan data atas talian.
- memudahkan anda mengakses kepelbagaian pangkalan data atas talian tanpa perlu berulang kali log masuk.
- mengatasi limitasi sebilangan kecil pangkalan data atas talian yang hanya dibenarkan akses di dalam kampus UPSI.
Untuk mengakses EZProxy ini anda cuma perlu log masuk menggunakan akaun Pustaka Knowledge Portal masing-masing dan perhatikan item EZProxy pada menu My Account sejurus selepas log masuk.
Untuk sebarang permasalahan, anda boleh hubungi talian 05-4506832 untuk berhubung dengan pegawai penasihat kami.
Sekian, dimaklumkan.