Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan teknikal terhadap sistem pengaliran hawa dingin pada lokasi penempatan server-server perkhidmatan atas talian kami. Sehubungan dengan itu, semua aplikasi atas talian dan intranet (di Perpustakaan Tuanku Bainun) seperti OPAC, Web OPAC dan ILMU akan mengalami gangguan akses. Masalah ini akan cuba kami atasi dengan secepat mungkin.
Sekian harap maklum dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Kemaskini @5:58PM 14/9/2010 : Gangguan pengaliran hawa dingin telahpun diselesaikan. Berikan pihak kami sedikit masa untuk mengadakan pengujilarian sistem sebelum ke semua sistem kami dimulakan semula. Terima kasih kerana masih bersama kami.
Kemaskini @8:54AM 15/9/2010 : Servis-servis utama kami telah pulih seperti biasa. Terima kasih di atas kesetiaan anda bersama kami.