Setiap tahun Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) mensasarkan empat sesi dalam tempoh setahun bagi mengadakan Hari Bersama Pelanggan. Pada 25 Februari 2012,Hari Bersama Pelanggan yang pertama telah diadakan di Kolej Harun Aminurashid sempena dengan Karnival Anti Dadah (KANDA).Bermula pada pukul 9.00 pagi, kakitangan dari Unit Khidmat Pelanggan telah mula membuka booth pameran termasuk mempamerkan buku-buku yang terdapat di PTB.
Objektif Hari Bersama Pelanggan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan terkini yang terdapat di PTB disamping membantu pelajar semester baru dengan memberi penerangan tentang Portal Pustaka, pencarian bahan menggunakan WebOPAC dan penggunaan EZProxy. Kami turut mengambil kesempatan ini dengan mengadakan Kelas Sesi Pendidikan Pengguna kepada pelajar semester baru. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pn.Firdausiah bt. Ahamad , pustakawan Unit Khidmat Pelanggan dan dibantu oleh kakitangan yang bertugas pada hari tersebut. Booth Hari Bersama Pelanggan ini tamat pada pukul 4.00 petang.
Kelas Sesi Pendidikan Pengguna |
Booth Hari Bersama Pelanggan |