Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Tuanku Bainun

Pada 14 Julai 2012 yang lepas, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Karnival Ilmu dan Budaya Membaca 2012 bersama komuniti Tanjong Malim bertempat di SMK Khir Johari. Aktiviti ini adalah berkonsepkan turun padang untuk mendekati masyarakat setempat di mana pelbagai acara dan aktiviti telah dirancang untuk masyarakat Tanjong Malim khususnya warga Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ). 

Di antara aktiviti yang turut diadakan adalah Hari Bersama Pelanggan dimana pengisiannya adalah Pameran Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun dan promosi keahlian luar perpustakaan. Pameran dan promosi keahlian luar perpustakaan ini dikendalikan oleh Unit Khidmat Pelanggan yang bertujuan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan seterusnya menarik masyarakat untuk menjadi ahli perpustakaan. Sepanjang pameran dan promosi keahlian luar ini diadakan perpustakaan telah memperoleh 14 permohonan untuk keahlian luar dengan 13 daripadanya adalah keahlian luar merujuk dan seorang keahlian luar meminjam. 

 Pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengunjungi kaunter Hari Bersama Pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai perpustakaan dan mendaftar sebagai keahlian luar Perpustakaan Tuanku Bainun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.