31 Oktober 2017 — Program Jejak Ilmu 2017 merupakan suatu program usahasama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Muzium Pendidikan Nasional. Para peserta perlu melalui semua ‘check point’ yang telah ditentukan dengan pelbagai jenis permainan sebelum ke garisan penamat. Bermula ‘check point’ pertama hingga ke empat di Muzium Pendidikan Nasional dan seterusnya ‘check point’ kelima hingga ke sepuluh di Perpustakaan Tuanku Bainun. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai program ini. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 orang ahli. Penyertaan dibuka kepada kakitangan dan pelajar UPSI
Persiapan oleh AJK bertugas |
Taklimat ringkas kepada peserta oleh Pengarah Program, Encik Afzanizam Dullah Hashim |
Peserta bergambar bersama AJK sebelum program bermula |
Para peserta dilepaskan oleh Pengarah Program |
Berjalan menuju ke muzium |
Para peserta menyiapkan tugasan di di muzium |
Antara ‘check point’ di muzium |
‘Check point’ kelima di perpustakaan, mencari maklumat di rak buku |
Melukis gambaran tajuk filem dan teka tajuk filem yang telah dilukis |
Menerbangkan kapal terbang kertas melalui lubang kotak yang telah disediakan |
Menyusun ‘lego’ mengikut gambar yang telah diberi kepada peserta untuk dilihat selama 10 saat |
Mencari maklumat di makmal IT, Perpustakaan |
‘Check point’ terakhir, peserta perlu menyiapkan hidangan Meng Khiam dan memakan hidangan tersebut |
Para peserta menunggu majlis penutup dan penyampaian hadiah di Auditorium Perpustakaan, Aras 4 |
Hadiah pemenang di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris |
Para peserta bergambar bersama AJK program dan Timbalan Ketua Pustakawan |
AJK program yang telah bertungkus lumus menjayakan program Jejak Ilmu 2017 |