Kem Zoologi: Eksplorasi Fauna Ekosistem Tanah Lembap

Kem Zoologi: Eksplorasi Fauna Ekosistem Tanah Lembap

Yan, Kedah, 29 Jun – 1 Julai 2025Kem Zoologi: Eksplorasi Fauna Ekosistem Tanah Lembap telah berjaya menghimpunkan seramai 45 peserta terdiri daripada pelajar UPSI, USM, UMT serta komuniti setempat di Carribean Campsite, Yan, Kedah.

Program anjuran Shorebirds Peninsular Malaysia Project (SPMP) dengan kerjasama Centre of Biodiversity and Conservation (CeBEC), UPSI, Think City Sdn. Bhd., Jabatan PERHILITAN, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), USM, UMT dan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penyelidikan dan pemerhatian terhadap fauna tanah lembap.

Sepanjang kem berlangsung, peserta didedahkan dengan aktiviti lapangan yang melibatkan pemerhatian terhadap burung pantai berhijrah, primat, kelawar serta herpetofauna. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran penyelidikan lapangan tetapi turut menyemai kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan biodiversiti di kawasan tanah lembap.

Program ini turut menjadi platform kolaborasi antara institusi akademik, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkukuh usaha pemeliharaan ekosistem semula jadi negara.