Para pengguna perpustakaan adalah ditegah membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan. Ini adalah berdasarkan peraturan no. 4 iaitu “Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising, makan, minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.”
Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pelajar yang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam perpustakaan dan pihak perpustakaan boleh mengambil tindakan tegas ke atas perkara berikut.
Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan berharap agar pengguna perpustakaan dapat mematuhi segala peraturan-peraturan perpustakaan.