Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI is at Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI.
🌙 PELUANG GANDAKAN PAHALA DI HARI JUMAAT DALAM BULAN RAMADAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa penyumbang Tabung Endowmen Buku PTB layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.
2. YBhg. Dato / Prof. / Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan boleh menyumbang melalui Tabung Endowmen Buku PTB bagi mendapat pengecualian cukai sebagaimana kelulusan yang dinyatakan menerusi kaedah berikut;
a) Menyumbang melalui DuitNow QR Code
b) Menyumbang melalui ePayment@UPSI (epayment.upsi.edu.my/shop/wakaf)
c) Menyumbang melalui Potongan Gaji (forms.gle/LDWkXSqWoNfBH5XX6)
3. Segala pengeluaran resit, YBhg. Dato / Prof. / Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan boleh mengisi borang secara dalam talian melalui pautan berikut : forms.gle/ygQ6WhT8gFdqtn1p9. Sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan boleh dikemukakan kepada Puan Najah Saghirah (najah@upsi.edu.my) di talian 05-450 6830 atau Puan Suliza (sulizaosman@upsi.edu.my) di talian 05-450 6520.
Rebutlah peluang untuk menambah amal jariah dengan menyumbang kepada Tabung Endowmen Perpustakaan.
Lebih istimewa, sumbangan yang dilakukan pada hari Jumaat di bulan Ramadan merupakan waktu yang penuh keberkatan dan ganjarannya dilipatgandakan oleh Allah SWT. 🤲✨
💛 Sedikit daripada kita, besar maknanya kepada ummah.
Mari bersama menyumbang dan merebut keberkatan Ramadan.
Sekian, terima kasih.
#demiupsi #ptbupsi
Lecture Series Bersama Dr Thava
05 Mac 2026 (Khamis), Perpustakaan Tuanku Bainun, telah menganjurkan Lecture Series bersama Dr Thavamaran Kanesan secara atas talian melalui Google Meet. Sesi ini dihadiri oleh warga UPSI melibatkan kakitangan dan pelajar seramai 379 orang.
Sesi kali ini membawa topik “Scopus/WoS High Impact Journals with AI: 2 Papers with Hour-glass Theory” yang memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari strategi penting dalam menulis artikel berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi AI.
Antara topik yang dikupas sepanjang sesi ialah pengenalan kepada High Impact Journals dan penggunaan alat AI yang relevan, teknik pencarian menggunakan Scopus dan Web of Science (WoS), pemahaman Hour-glass Theory serta kriteria penulisan artikel berimpak tinggi. Peserta juga diberikan panduan tentang cara mengekstrak jurnal daripada tesis, faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah artikel ditolak, serta tips menulis cover letter berserta sampel percuma.
Semoga perkongsian ilmu oleh Dr. Thavamaran Kanesan ini dapat membantu warga UPSI khususnya dalam meningkatkan kualiti penulisan penyelidikan serta memperkasa usaha penerbitan dalam jurnal berindeks Scopus dan Web of Science (WoS) pada masa akan datang.
#ptbupsi#DemiUPSI
Anugerah Peminjam Terbanyak 2025 Perpustakaan Tuanku Bainun
04 Mac 2026 - Perpustakaan Tuanku Bainun telah menyampaikan Anugerah Peminjam Terbanyak 2025 sebagai tanda penghargaan kepada individu dan fakulti yang mencatat jumlah pinjaman bahan tertinggi sepanjang tahun 2025. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf warga universiti yang aktif memanfaatkan sumber perpustakaan dalam menyokong budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Penyampaian anugerah ini telah diadakan pada perhimpunan bulanan edisi Mac 2026.
Bagi kategori individu kakitangan akademik, anugerah ini telah diterima oleh Dr. Nurbieta binti Abd. Aziz, Pensyarah dari Fakulti Pembangunan Manusia. Manakala bagi kategori individu kakitangan bukan akademik, anugerah disandang oleh Encik Zulkapli bin Mohd. Junid, Penolong Pegawai Tadbir dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
Bagi kategori fakulti pula, Anugerah Peminjam Terbanyak dalam Kalangan Pelajar telah dimenangi oleh Fakulti Sains Kemanusiaan, manakala Anugerah Peminjam Terbanyak dalam Kalangan Staf dimenangi oleh Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif.
Penerima bagi kategori individu menerima wang tunai sebanyak RM100 berserta sebuah buku dan sijil penghargaan, manakala kategori fakulti menerima wang tunai sebanyak RM200 berserta buku dan sijil penghargaan. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Semoga pengiktirafan ini dapat terus menyemarakkan budaya membaca dan menggalakkan warga universiti untuk memanfaatkan kemudahan serta sumber ilmu yang disediakan oleh perpustakaan.
#ptbupsi#DemiUPSI
Program Library Roadtour @ Perhimpunan Bulanan 2026
Pada 4 Mac 2026, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah berlangsung Program Library Roadtour @ Perhimpunan Bulanan yang merupakan program pertama yang dilaksanakan bagi tahun 2026 oleh Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini berjaya menarik kehadiran seramai 133 orang pengunjung yang hadir ke reruai Perpustakaan Tuanku Bainun.Antara pengisian utama program termasuklah pameran Buku New Arrival, Promosi Pengkomersialan PTB, Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan Buku, Promosi Media Sosial PTB, serta Semakan Denda Perpustakaan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan dan koleksi terkini perpustakaan kepada warga universiti di samping meningkatkan kesedaran terhadap kemudahan serta inisiatif yang disediakan oleh PTB.
Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir dan memberikan sokongan terhadap program ini. Diharapkan program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan antara perpustakaan dan warga universiti.
Jumpa lagi dalam program Library Roadtour yang seterusnya!
#ptbupsi #DemiUPSI


