Canselor Pendidik

chanselor-pendidikD.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun telah diputerikan di Pulau Pinang. Tuanku menerima pendidikan awal di Sekolah St. George, Pulau Pinang dan kemudiannya terpilih untuk meneruskan pendidikannya di Kolej Perguruan Kirkby, England dari tahun 1952 hingga 1954.

Setahun selepas kembali dari England, Tuanku telah mengahwini D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahulu.

Sepanjang kerjayanya sebagai guru, D.Y.M.M. Tuanku Bainun berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, Seremban, Raub, Taiping dan juga di Kuantan.

Pada 19 Februari, 1988, Tuanku Bainun telah ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Perak dalam satu upacara yang sungguh bersejarah di Istana Kinta, Ipoh. Tuanku kemudiannya diisytiharkan pula sebagai Raja Permaisuri Agong dalam Upacara Menandatangani dan Angkat Sumpah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Yang DiPertuan Agong yang ke-sembilan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada 2 Mei 1997 dan D.Y.M.M. Tuanku Bainun dimahsyur sebagai Canselor UPSI pada 1999. Berdasarkan pengalaman baginda selama 22 tahun sebagai pendidik, perlantikan baginda sebagai Canselor sebuah universiti pendidikan adalah wajar. Sebagai bekas pendidik baginda amat prihatin terhadap isu-isu pendidikan.