Program Ekologi Junior

Program Ekologi Junior

Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, 1 Jun 2025 – Seramai 39 pelajar sekolah menengah daripada tujuh buah sekolah di seluruh Pulau Pinang telah menyertai Program Ekologi Junior yang berlangsung di kawasan Teluk Air Tawar–Kuala Muda.

Program anjuran Center of Biodiversity and Conservation (CeBEC), UPSI dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. dan Unit Nelayan Sungai Abdul ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepelbagaian ekosistem tanah lembap, khususnya hutan bakau dan burung pantai.

Melalui aktiviti lapangan dan sesi interaktif, para peserta berpeluang mengenal pasti spesies flora dan fauna di kawasan hutan bakau serta memahami peranan penting ekosistem ini dalam keseimbangan alam sekitar.

Program ini diharap dapat memupuk minat generasi muda terhadap pemuliharaan alam semula jadi serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan biodiversiti di kawasan pesisir pantai.