Page 12 - Buletin Jun 2014
P. 12
info@pustaka
WACANA KEPELBAGAIAN DAN KEUNIKAN ADAT
MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN
Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Wacana anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama
Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) ini diadakan pada
17 Mac 2014 bertempat di Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku
Bainun dan disempurnakan perasmiannya oleh YTM Tunku Syed
Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin,
Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin
Kasa, Naib Canselor UPSI.
Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah,
tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Ia dibuka oleh
penduduk asalnya iaitu orang asli dari suku Sakai, Semang, Jakun
dan Biduanda yang lahir dari perkahwinan campur. Keturunan suku
Biduanda mewarisi pesaka Dato’-Dato’ Undang Luak Yang Empat
yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan
Rembau.
Adat perpatih telah wujud di Tanah Semenanjung sejak
kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan
sehingga sekarang. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian
harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum
wanita.
Banyak lagi keunikan yang terdapat dalam adat masyarakat
YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Negeri Sembilan yang dibentangkan oleh pewacana yang berwibawa
Idrus Al Qadri iaitu Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin
yang mewakili BUDIMAN dan Encik Mohamed Nor bin Mohamed
Amin atau lebih dikenali sebagai Noramin (bekas juruhebah RTM),
manakala Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Ali sebagai
moderator.
12