Page 11 - Buletin Jun 2014
P. 11
Sambutan Hari Autisme Sedunia Bil. 18/ Jun 2014
Forum dan pameran mengenai autism telah diadakan pada
11 Mac 2014, bersempena sambutan Hari Autisme
Sedunia. Perpustakaan Tuanku Bainun mengorak langkah
dengan membawa seorang kanak-kanak autism yang telah
mengukir nama di peringkat antarabangsa. Kanak-kanak
tersebut adalah adik Delwin Cheah Wien Loong, berumur
11 tahun. Minat dan kecenderungan Delwin Cheah dalam
lukisan telah mendapat perhatian dan galakan dari ibu
bapanya sehingga namanya tercatat dalam Guiness Books of
Record. Lukisan beliau dipamerkan di Ruang Pameran.
Delwin Cheah juga telah menunjukkan kebolehan
beliau dengan melukis di hadapan pengunjung perpusta-
kaan pada hari tersebut. Satu forum yang bertajuk ‘Tahap
Panel forum ‘Tahap Pengetahuan Ibubapa Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pemakanan Kanak-kanak
Terhadap Pemakanan Kanak-kanak Autisme’ Autism’ telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di
Bilik Serbaguna 1. Ahli panel forum adalah Dr. Kannamah
Mottan (UPSI) dan Puan Siti Zafirah binti Md Redza, pakar
dietrik daripada Hospital Slim River manakala moderator
adalah Puan Siti Sumaizan Ramli.
Forum ini mendapat sambutan menggalakkan dari-
pada pelajar, kakitangan, guru sekolah pendidikan khas
serta ibu bapa yang mempunyai anak autism. Forum dan
pameran ini telah membuka minda masyarakat terhadap
keperluan dan kepentingan pemakanan anak-anak autisma.
Oleh: Najah Saghirah Haroman
Antara hadirin yang mendengar
forum
Lukisan yang dihasilkan semasa
hari perasmian
11 Adik Delwin Cheah sedang melukis..