Page 6 - Buletin Jun 2014
P. 6
info@pustaka WACANA PEMIKIRAN DR. SHAARI ISA : IKON PENDIDIKAN
MALAYSIA
Ucapan perasmian oleh Profesor Dato’ Dr. Noraini
Idris TNC (Penyelidikan dan Inovasi)
Dr. Shaari Isa menyampaikan
ucapan
Peserta khusyuk mendengar
Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa telah berlangsung pada 1 April 2014, dan dirasmikan oleh Profesr Dato’
Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Wacana ini turut dihadiri Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Y. Bhg. ACP (Kehormat) Dato’ Paduka Dr. Junaidi bin Abu
Bakar dan pegawai kanan universiti, pensyarah, alumni UPSI, guru-guru sekolah serta pelajar-pelajar UPSI.
Program selama 2 jam ini dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali, dari Fakulti Bahasa dan
Komunikasi sebagai moderator, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan sebagai pengucap utama
dan Dr. Shaari Isa sendiri sebagai ahli panel jemputan.
Dr. Shaari Isa merupakan tokoh yang memulakan pengalaman kerjayanya sebagai pensyarah di Sultan
Idris Training College (SITC) seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai di Bahagian Perancangan dan Penyelidi-
kan Dasar Pendidikan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Bendahari di Universiti Utara Malaysia sebelum
berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya sebagai pensyarah. Beliau juga menyum-
bang bakti di bawah Skim Tenaga Pengajar Khas, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI pada tahun 2011.
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan berjaya mengupas serta meneroka pemikiran
Dr. Shaari Isa menerusi hasil-hasil penulisan beliau sama ada dalam bidang penulisan kreatif seperti novel dan
cerpen, bidang ilmiah seperti bidang Sains, Matematik, Perakaunan, Perdagangan, Pengauditan, Teknik dan
Vokasional, Keusahawanan, Politik serta Agama terbitan dalam dan luar negara. Antara karya novel
Dr. Shaari Isa yang dibincangkan adalah Kampung Kirkby, Lepaskan Kembali Aku ke Laut (3 Jilid), Maktab Ibu
Kandung, Suara dari Rimba, Projek PL5 dan Vandetta and Abuse of Power.
6