Page 2 - Buletin Jun 2014
P. 2
info@pustaka Dari Meja Ketua Pustakawan
Bidang kepustakawanan masa kini mengalami transformasi untuk memberi lebih tumpuan kepada
perkhidmatan dan sistem penyampaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Pustakawan perlu
bersikap lebih profesional, berorientasi teknologi maklumat, multi tasking dan cross functional
dalam menangani arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembaharuan dalam perkhidmatan perpustakaan dan user engagement menjamin kepuasan
pelanggan dan menarik mereka terutamanya pelajar untuk mendekati perpustakaan bagi
mendapatkan ilmu dan maklumat secara fizikal atau maya. Perkhidmatan rujukan bukan sahaja boleh didapati di
dalam perpustakaan malah melalui Facebook, Twitter dan media sosial lain. Ruang untuk berdiskusi yang lebih
santai dengan kemudahan minuman ringan disediakan untuk keselesaan pelanggan perpustakaan.
Fokus kepada perkhidmatan maklumat dan rujukan, perpustakaan telah melantik pustakawan penghubung fakulti
untuk memastikan setiap fakulti mendapat informasi terkini daripada perpustakaan dan membantu dalam keperluan
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Harapan kami, perpustakaan akan terus menjadi tempat rujukan
keilmuan, pinjaman bahan bacaan dan penggunaan maklumat kian bertambah sejajar dengan peningkatan
pembangunan koleksi perpustakaan.
Rusliza Yaacob
Dari Meja Ketua Pengarang
Perpustakaan mengorak langkah dalam menyebarkan ilmu dan maklumat kepada semua pelanggan
dan warga kampus serta masyarakat luar dengan menerbitkan isu terkini Info@pustaka keluaran
Jun 2014. Kali ini pelbagai artikel disediakan untuk pembaca di dalam perpustakaan dan di luar
sana. Di antara topik yang disajikan ialah Hari Terbuka Perpustakaan, RDA: Transformasi
Pengkatalogan, Seminar Citation, Journal Impact Factor, H-Index: Their Meaning and Impact on
Researchers and Institution, Pameran produk perpustakaan di International Digital Library Conference 2014 (ITEX
2014), Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan , Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa,
dan Sambutan Hari Autisma Sedunia.
Perpustakaan sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada pelanggan, ahli luar
dan masyarakat. Peranan perpustakaan dalam menyediakan sumber maklumat bercetak dan elektronik untuk
memantapkan sistem sokongan terhadap pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti. Perpustakaan juga
aktif dalam mengadakan siri wacana dan perkongsian ilmu serta pameran bertema yang memberi nilai tambah
kepada ilmu dan maklumat sedia ada. Semoga isu kali ini menarik lebih minat dan menjadi tambahan ilmu kepada
para pembaca. Selamat membaca!
Siti Sumaizan Ramli
2