Page 5 - Buletin Jun 2014
P. 5
info@pustaka
International Digital Library Conference (IDLC) 2014
Pada 8-10 April 2014, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB)
menjadi wakil Malaysia di dalam pameran poster sempena
International Digital Library Conference (IDLC) 2014, anjuran
Perpustakaan Negara Malaysia di The Royale Chulan Hotel, Kuala
Lumpur. Poster tersebut hasil inovasi yang dibangunkan sendiri
secara dalaman iaitu mengenai iPUSTAKA, SiberPROP dan
Pustaka VRS.
Pustaka VRS adalah sistem penilaian prestasi pembekal
yang telah dibawa bertanding ke Malaysia Technology Expo 2013
di PWTC dan berjaya memperoleh pingat gangsa. SiberPROP
pula adalah sistem pendaftaran dan pengurusan program
pendidikan pengguna yang sistematik, manakala iPUSTAKA adalah
inovasi terkini berasaskan Android. iPUSTAKA mempunyai
beberapa fungsi unik yang membolehkan pengguna mengenali dan
mendapat hebahan terkini mengenai perpustakaan secara terus
ke telefon pintar Android.
Semua produk yang dibawa PTB telah diterima baik oleh
para peserta persidangan dan ada yang telah menunjukkan minat
terhadap produk berkenaan di organisasi mereka. SYABAS!
International Invention, Innovation
and Technology Exhibition
International Invention, Innovation and
Technology Exhibition (ITEX) telah
berlangsung pada 8-10 Mei 2014
bertempat di Kuala Lumpur Convention
Centre. Perpustakaan Tuanku Bainun
(PTB) telah menghantar projek
SiberPROP untuk dipertandingkan dan
telah berjaya merangkul pingat perak.
SiberPROP adalah sistem pendaftaran
dan pengurusan program pendidikan
pengguna, penghasilan laporan, graf dan
statistik. SiberPROP dihasilkan sendiri
oleh Perpustakaan Tuanku Bainun
melalui kerjasama Unit Teknologi
Maklumat dan Unit Pendidikan
Pengguna.
Oleh: Khairul Aysrani bin Sulaiman
5