Page 8 - Buletin Jun 2014
P. 8
info@pustaka
RDA : Transformasi Pengkatalogan
RDA adalah singkatan untuk Resource Description and Access, yang merupakan satu standard antarabangsa
baru pengkatalogan menggantikan Anglo-American Cataloguing Rules 2nd. Edition (AACR2) bagi memenuhi
keperluan dunia digital dan teknologi masa kini kerana AACR tidak lagi dapat menampung keperluan untuk
bahan-bahan digital.
Standard RDA telah diperkenalkan oleh Joint Steering Commitee for the Revision of AACR (JSC) pada tahun
2005 dan diterbitkan pada tahun 2010. Pada 30 Mac 2013, Library of Congress telah menggunakan
sepenuhnya RDA dan diikuti oleh perpustakaan besar lain seperti National Library of Australia, British
Library dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
RDA dibangunkan atas landasan AACR2 yang menyediakan rujukan untuk deskripsi dan akses kepada semua
jenis bahan pelbagai media. AACR tidak lagi diguna pakai dan tidak lagi dikemas kini pada masa akan
datang. Standard RDA telah diterima pakai di peringkat antarabangsa sebagai standard yang digunakan
dalam pembinaan rekod bibliografik. Standard RDA memastikan kandungan data dalam pangkalan data
bibliografik memenuhi keperluan pengguna untuk mencari, mengenal pasti, memilih dan mendapatkan
(find, identify, select, obtain) bahan maklumat dengan lebih efektif dan efisyen.
Standard RDA adalah berasaskan kepada Functional Requirement Bibliographic Record (FRBR) dan
Functional Requirement Authority Data (FRAD). Ia adalah merupakan suatu konseptual atau dikenali
sebagai entity-relationship model yang dibangunkan oleh International Federation of Library Associations
and Institutions (IFLA). Ia merupakan satu pendekatan yang menyeluruh dari segi akses dan dapatan
semula maklumat kerana ia menyediakan pautan antara satu entiti dengan entiti yang lain dengan
menavigasi hierarki hubungan (hierarchy of relationship).
Sesebuah agensi maklumat perlu memastikan sistem pengurusan perpustakaan/Library Management
System yang sedia ada dapat membangunkan entity-relationship model ini bagi memenuhi keperluan FRBR
sebelum mengunapakai standard RDA. Tujuan utama FRBR ini adalah untuk mempertingkatkan lagi
pencarian di OPAC dengan memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan bahan atau
maklumat yang dikehendaki.
PNM telah menerbitkan buku panduan RDA Malaysia sebagai rujukan kepada pelaksanaan RDA untuk
agensi maklumat di Malaysia. Core Elements yang disarankan oleh PNM adalah elemen teras sebagai
senarai bidang (fields) minimum yang perlu disediakan di dalam rekod bibliografik dan boleh ditambah baik
mengikut keperluan agensi. Semua perpustakaan di Malaysia telah disarankan mengaplikasikan standard
RDA bagi memastikan rekod pengkatalogan adalah selari dengan keperluan standard antarabangsa.
Apakah kelebihan RDA? RDA merupakan alat pengkatalogan atas talian yang interaktif, merangkumi
rangkaian yang lebih luas kerana semua aspek bahan akan dapat direkodkan dengan terperinci, membuat
penambahbaikan utama dalam memberi keupayaan kepada pengguna untuk memilih sumber yang
memenuhi keperluan mereka dan mempunyai keupayaan untuk menghubungkan antara satu entiti dengan
entiti yang lain dengan menggunakan konsep entity-reationship model.
8