Page 7 - Buletin Jun 2014
P. 7

“JOM KE PROGRAM GENERASI GENIUS” BERSAMA ADI PUTRA                                        Bil. 18/ Jun 2014
                           SENI MATEMATIK ISLAM ABAD INI
                                        Oleh: Azura Adnan



          Program  Jom  Ke  Program  Generasi  Genius  telah
          berlangsung dengan jayanya pada 4 Mei 2014 (Sabtu)
          di  Auditorium,  UPSI.  Program  anjuran  bersama
          Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dan  PIBG  SK  Hulu
          Bernam ini telah dirasmikan oleh Datuk Abu Hanipah
          bin  Pandak  Yahya,  Pengarah,    Perfisio  Solution  Sdn.

          Bhd. Turut hadir ialah Ketua Pustakawan, Puan Rusliza
          Yaacob.

          Aktiviti  ini  mengkhususkan  pelajar  tahap  dua  sekolah
          rendah  di  sekitar  UPSI  termasuklah  pelajar  daripada
          SK Hulu Bernam sendiri berjumlah 200 orang beserta                       Ucapan perasmian oleh
          ibu  bapa.  Aktiviti  yang  bermula  jam  9.30  pagi  ini           Datuk Abu Hanipah bin Pandak Yahya,
          menampilkan Adi Putra, 15 tahun, seorang ikon genius                 Pengarah, Perfisio Solution Sdn. Bhd.
          matematik yang telah berkongsi pengalaman dan tek-

          nik  pembelajaran  matematik.  Turut  dikongsikan  ialah
          kaedah  mengingati  nombor-nombor  yang  memperli-
          hatkan  Adi  Putra  mengingati  100  digit  nombor  yang
          disusun secara rawak dalam dwibahasa.
          Selain  matematik,  Adi  Putra  juga  berbakat  dalam

          bidang  puisi  dan  telah  mendeklamasikan  sajak  yang
          bertajuk  ‘Akulah  Adi  Putra’  di  akhir  program  ini.
          Program ini telah mendapat respon yang positif  dari-
          pada pelajar dan juga ibu bapa yang hadir.                         Cenderamata disampaikan oleh Ketua Pustakawan,
                                                                                       Puan Rusliza Yaacob.


























                                                                            Adi Putra berkongsi formula matematik bersama
                                                                                         peserta.
         7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12