Page 2 - Buletin Julai 2010_2
P. 2

Sekapur Sirih
                                                   Dari Meja Penasihat

                                                Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.



                                                    ertemu lagi kali ini dengan pelbagai informasi menarik untuk
                                                              dikongsi bersama. Pada keluaran kali ini, perpustakaan ingin
                                                                   berkongsi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari
                                                                   sehingga Julai 2010. Pada keluaran kali ini, Info@pustaka lebih
                                                                   mengetengahkan  aktiviti  yang  telah  dilakukan  di  mana  aktiviti
                                               yang    telah  dirancang  ini  lebih  menjurus  kepada  peningkatan
                                               kerjaya kakitangan serta peningkatan sistem kualiti perpustakaan.

           Oleh yang demikian, pertandingan KIK dan 5S yang telah diadakan banyak mendedahkan kakitangan
           mengenai  sistem  kualiti  di  samping  memupuk  kerjasama  di  antara  setiap  ahli  pasukan  dalam
           melaksana dan menjayakan sesuatu tindakan yang telah dipilih. Penubuhan pasukan KIK pada setiap
           bahagian  di  perpustakaan  dan  penerapan  amalan  5S  adalah  sesuatu  yang  relevan  dan  wajar
           dilaksanakan  kerana  impaknya  adalah  sangat  tinggi  serta  memberi  kesan  yang  mendalam  terhadap
           sesebuah organisasi.

           Sehubungan  dengan  itu  juga,  saya  turut  mengharapkan  agar  usaha  dalam  menerbitkan  buletin
           Info@pustaka  tetap  diteruskan  pada  masa  akan  datang  walaupun  ketika  itu  saya  tidak  lagi  menjadi
           peneraju  Perpustakaan  Tuanku  Bainun.  Besarlah  harapan  saya  agar  Perpustakaan  Tuanku  Bainun
           akan terus berusaha untuk menjadi sebuah pusat maklumat yang menjadi rujukan ramai tidak kira
           pelanggan dalam dan luar di samping mendokong misi universiti dalam menjadi sebuah universiti yang
           bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui
           perubahan global.

           Zahariah bt Mohamed Shaharoon
           Ketua Pustakawan


                                        Dari Meja Ketua Pengarang
                                 Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

                 elamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.10
           pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan
            terima kasih kepada ahli sidang redaksi yang bertungkus lumus dalam
           memastikan  penerbitan  Info@pustaka  dapat  diterbitkan  dua  kali  setahun.  Saya  mengharapkan  agar
           buletin ini dapat memberikan informasi terkini kepada pelanggan perpustakaan mengenai perkhidmatan
           perpustakaan,  aktiviti  yang  telah  diadakan  dan  yang  akan  dianjurkan  oleh  perpustakaan  yang
           memenuhi kehendak pelbagai golongan sama ada kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat.

           Pada  keluaran  kali  ini,  hal  berkaitan  aktiviti  perpustakaan  lebih  diketengahkan  bagi  menyorot  setiap
           peristiwa  yang  telah  berlaku  di  perpustakaan  di  sepanjang  pertengahan  tahun  2010  ini.  Ia  bertujuan
           sebagai  makluman  serta  informasi  kepada  para  pembaca  tentang  peranan  yang  telah  dimainkan  oleh
           pihak  perpustakaan  bagi  memastikan  budaya  membaca  dan  kualiti  pembacaan  warga  UPSI  terus
           meningkat.

           Saya mengharapkan penulisan Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih
           banyak informasi berguna kepada semua pembaca.

           Rusliza bt Yaacob
           Ketua Pengarang
                                                                                                                   2
   1   2   3   4   5   6   7