Page 4 - Buletin Julai 2010_2
P. 4

KENALI TOKOH SITC

















                                              idek  bin  Saniff  juga  dikenali  dengan  nama  penanya  Esbies  dan
            Sibisa,  dilahirkan  pada  18  April  1938  di  Singapura.  Beliau  merupakan  lulusan  sijil  perguruan  dari

            Sultan Idris Training College, Tanjong Malim pada tahun 1955 hingga 1957, dan memperolehi Ijazah
            Sarjana Muda Sastera dari University of London. Kerjaya beliau dalam bidang perguruan telah diceburi

            sejak tahun 1953 hingga 1980.
                    Sidek  Saniff  kemudian  menceburi  bidang  politik  dan  memenangi  Anggota  Parlimen  kawasan

            undi Kolam Air, Singapura dalam tahun 1976. Beliau kemudiannya dilantik oleh Ketua Menteri Lee

            Kuan  Yew  sebagai  Setiausaha  Parlimen  Kementerian  Perhubungan  dan  Setiausaha  Parlimen  Kedua
            Kementerian Kebudayaan Singapura pada

            tahun  1980,  Setiausaha  Parlimen
            Kementerian Hal Ehwal Masyarakat pada

            tahun  1981,  Setiausaha  Parlimen  Kanan
            Kementerian Pendidikan pada tahun 1988,

            Menteri  Negara  Kanan  Kementerian

            Pendidikan pada tahun 1996 dan Menteri
            Negara  Kanan  Kesekitaran  pada  tahun

            1997  sehingga  bersara  pada  tahun  2002.

            Selain daripada itu, beliau juga merupakan
            pengerusi  Majlis  Bahasa  Melayu
                                                       Sidek Saniff (kanan) bersama penulis di kediaman beliau di Singapura
            Singapura dari tahun 1986 hingga 2002.
                    Penglibatan  beliau  dalam  bidang

            politik  merupakan  sumbangan  paling  besar  beliau  yang  ingin  melihat  perubahan  pada  masyarakat
            Melayu  Singapura.  Berkat  kepercayaan  dan  tekadnya,  beliau  telah  berjaya  membawa  masyarakat

            Melayu Singapura ke satu tahap yang memberangsangkan melalui Yayasan

            Mendaki yang diasaskannya.


                                                                    Oleh : Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
                                                                    Email : shalaby@upsi.edu.my

                                                                                                                   4
   1   2   3   4   5   6   7   8