Page 5 - Buletin Julai 2010_2
P. 5

Kepercayaan bahawa ilmu dapat membawa masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi, turut
           dapat  diperhatikan  dalam  usahanya  mendesak  pihak  pemerintah  untuk  meluluskan  pelajar-pelajar

           Singapura  melanjutkan  pengajian  mereka  di  Malaysia,  khususnya  di  Universiti  Malaya.  Kehadiran
           ramai pelajar Singapura di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merupakan bukti bahawa

           Sidek Saniff merupakan seorang politikus yang berwawasan dan berpandangan jauh.

                   Walaupun  beliau  seorang  ahli  politik,  namun  sumbangan  beliau  dalam  arena  bahasa  dan
           persuratan amat terasa sekali oleh para aktivis dan masyarakat Melayu umumnya, kerana setiap inisiatif

           yang  dicadangkan  mahupun  direalisasikan  menyumbang  kepada  anjakan  paradigma  masyarakat
           Melayu di Singapura.

                   Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu di
           Singapura.  Beliau  banyak  menulis  sajak  yang  diterbitkan  di  akhbar  Berita  Minggu  Singapura  dan

           majalah. Beliau merupakan aktivis tetap yang sering mengikuti persidangan-persidangan bahasa dan

           sastera di dalam dan luar negara seperti MABBIM, MASTERA, PSN, GAPENA dan seumpamanya.
           Beliau juga merencanakan dan merealisasikan penggunaan bahasa baku di Singapura sehingga hari ini

           dan pembukaan Universiti Malaya kepada para guru bahasa Melayu Singapura bermula tahun 1993.
           Beliau  juga  bertanggungjawab  memperkenalkan  dan  mencorakkan  Anugerah  Persuratan  pada  tahun

           1992. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hadiah Sastera. Beliau juga menyarankan sambutan Anugerah

           Persuratan dan Bulan Bahasa yang diselang-seli setiap tahun.
                   Sidek Saniff pernah bergiat dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (1959-1976) sebagai

           presiden;  sebagai editor  majalah GURU; Pengerusi  bagi kongres  Mendaki I  dan II (1982) sehingga
           tertubuhnya Mendaki; Pengerusi Jawatankuasa Ejaan Bahasa Melayu Singapura (1980) yang akhirnya

           dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 1986, beliau juga merupakan

           pengerusi MBMS sehingga tahun 2002.
                   Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif. Antara karya-karya beliau ialah Education

           and  Singapore  Malay  Society:  Prospects  and  Challenges  (1992),  Bahasa  Melayu  Dalam  Cabaran:
           Antologi  Bersama  (1994),  Peranan  dan  Penggunaan  Bahasa  di  Singapura  (1994),  Bukan  Binatang

           Buruan: Kumpulan Sajak 1955-2004 (2004).
                   Sebagai  menghargai  jasa-jasa  beliau  terhadap  pembangunan  bangsa  dan  bahasa,  beliau  telah

           dianugerahi beberapa anugerah seperti Anugerah Friend of Labour  NTUC (1997), Anugerah Tokoh

           Guru KGMS (2002) dan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI (2003).










                                                                                                                   5
   1   2   3   4   5   6   7   8