Page 6 - Buletin Julai 2010_2
P. 6

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
                                                                                   Email : asyrani@upsi.edu.my








                                       Tren  terkini  adalah  Netbook.  Dengan  saiz  skrin  sekitar  10  inci  ke  bawah,  ia
                                       menjadi  salah  satu  gajet  yang  mendapat  perhatian  ramai  kerana  saiznya  yang
                                       mudah dibawa ke mana-mana. Maka sebelum anda mendapatkannya di pasaran,
                                       marilah  kita  sama-sama  melihat  apakah  netbook  benar-benar  untuk  kegunaan
                                       seharian kita.

                                       Pertamanya,  netbook  adalah  berbeza  dengan  Komputer  Riba.  Rata-ratanya
                                       netbook pada tahun 2010 mempunyai pemproses Intel Atom. Intel Atom adalah
                                       pemproses  yang  dibina  oleh  Intel  untuk  memastikan  netbook  mempunyai  kuasa
           bateri  yang  dioptimumkan  bagi  kegunaan  jangka  masa  yang  lama.  Pemproses  ini  juga  tidak  sesuai  untuk
           melaksanakan program-program atau perisian-perisian editan video dan grafik.

           Kedua,  melaksanakan  kepelbagaian  tugas  atau  multitasking.  Netbook, dengan kuasa pemprosesannya yang
           agak  terhad,  tidak  memungkinkan  anda  melaksanakan  kepelbagaian  perisian  yang  terlalu  memakan  sumber
           komputer dalam satu-satu masa yang sama. Netbook adalah untuk kegunaan yang kasual atau santai. Anda tidak
           boleh sama sekali membuat keputusan pembelian netbook hanya untuk beranggapan ianya hanyalah komputer riba
           kecil dan comel.

           Ketiga,  pemacu  CD/DVD.  Netbook tidak mempunyai pemacu CD/DVD. Untuk menggunakan CD/DVD anda
           perlu membuat pembelian tambahan iaitu pemacu CD/DVD luaran yang menggunakan kabel sambungan USB.
           Keempat,  tujuan  pembelian  anda.  Apakah tujuan anda  membeli netbook  ? Sekiranya hanya untuk melayari
                                                 internet,  menyiapkan  tugasan  menggunakan  perisian  pejabat  ringkas
                                                 seperti Word dan Excel atau mungkin hanya untuk mendengar lagu mp3
                                                 serta video; maka netbook adalah untuk anda. Anda mungkin juga selalu
                                                 mengembara  dan  memerlukan  sebuah  komputer  riba  kecil  untuk
                                                 mengemaskini  akaun  Facebook  atau  Twitter;  atau  mungkin  mencatat
                                                 catatan perjalanan dengan mudah dan pantas, maka netbook juga untuk
                                                 anda.  Tetapi  ini  bukankah  sama  saja  dengan  sekiranya  anda  membeli
                                                 komputer riba ? Maka jawapannya adalah saiz. Saiz netbook yang kecil
                                                 adalah  mudah  untuk  disimpan  dan  ianya  juga  mempunyai  bateri  yang
                                                 t a h a n    l a m a    ( b e r b a n d i n g    k e b a n y a k a n    l a p t o p ) .

                                                 Akan tetapi, adalah bersesuaian sekiranya anda mendapatkan komputer
           riba dengan kuasa pemprosesan yang lebih baik sekiranya anda berhajat untuk menggunakan perisian pegeditan
           video  dan  grafik  atau  mungkin  bermain  permainan  3D.  Netbook  tidak  begitu  sesuai  dan  mungkin  saya  boleh
           katakan  tidak  sesuai  langsung  untuk  tugasan  sedemikian.  Dengan  skrin  yang  lebih  besar,  komputer  riba  juga
           membolehkan anda melaksanakan berbilang tugas dalam masa yang sama dengan lebih mudah. Misalnya, penulis
           sendiri  menggunakan  Photoshop  dengan  beberapa  tetingkap  perisian  lain  dibuka  seperti  pelayar  web  untuk
           memperolehi bahan grafik dan juga Word untuk bahan teks. Maka sudah tentu dengan saiz skrin netbook yang
           kecil, ianya bukan untuk pengguna seperti penulis.

           Sambungan dari muka surat 1

           Manakala bagi pertandingan 5S pula, johan ialah Bahagian Perkhidmatan dan Maklumat dan
           naib  johan  adalah  Bahagian  Pengkatalogan.  Pihak  perpustakaan  ingin  merakamkan  ucapan  terima
           kasih kepada para panel juri KIK Prof. Madya Taib Ariffin, Dr. Shakinaz Desa, dan En. Khalizul Khalid
           serta  juruaudit  5S  Tn.  Hj.  Kassudin  b.  Yassin  di  atas  komen  serta  cadangan  yang    membina  semasa
           mengadili pertandingan KIK dan 5S.                                                                      6
   1   2   3   4   5   6   7   8