Page 1 - Buletin Julai 2011_2
P. 1

BIL.12/JULAI 2011                             http://pustaka.upsi.edu.my              ISSN :1675-7394

                    PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MALAYSIA STPM
                                              SEKOLAH BITARA 2011




          Pada  21  April  2011,  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  telah  menganjurkan  Program
          Kecemerlangan  Bahasa   Malaysia  STPM  Sekolah  Bitara 2011,  sempena  Kempen  Galakan
          Membaca 2011, UPSI. Program anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun ini   melibatkan dua
          buah  sekolah  BITARA,  UPSI  iaitu  SMK  Khir  Johari,  Tanjong  Malim  dan  SMK  Dato’   Program kecemerlangan       1
          Zulkifli, Slim River.                                                Bahasa Malaysia STPM
                                                                               Sekolah Bitara 2011
          Program  yang  disertai  55  pelajar  Tingkatan  Enam  Atas  dan  3  orang  guru  pengiring  ini
          bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku
          Bainun. Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Khair B Mohd Noor sebagai   Dari meja Ketua Pengarang   2
          penceramah  jemputan.  Beliau  merupakan  Pensyarah  Kanan,  Fakulti  Bahasa  dan
          Komunikasi, UPSI dan berpengalaman dalam pengendalikan program seumpama ini.   Kenali Timbalan Ketua      2
                                                                               Pustakawan
          Pengisian  program ini  adalah  lebih  menekankan  kepada  teknik  penulisan  karangan  dalam
          kertas Bahasa Malaysia STPM dan memberi tip dan teknik dalam pemarkahan kertas soalan
                                                                               Ayuh! Gunakan Google Docs    3&7
          ini.  Pendedahan ini  penting kepada  para  pelajar kerana  dengan  teknik dan  tip yang  betul
                                                  mereka  dapat  menjawab  kertas
                                                  Bahasa  Malaysia  ini  dengan  baik   Kenali tokoh SITC :        4
                                                  dan  mendapat  markah  yang       Buyong Adil
                                                  cemerlang.  Program  ini  juga
                                                  mencapai objektif iaitu membantu
                                                                               Persembahan boneka oleh        5
                                                  pelajar  dalam  mengetahui  teknik-
                                                                               Kelab Sahabat Perpustakaan
                                                  teknik  penulisan  karangan  dengan
                                                  betul dan sebagai salah satu usaha
                                                  persediaan  pelajar  dalam       Bengkel pengurusan pusat   6
                                                  menghadapi  peperiksaan  STPM
                                                                               sumber sekolah
                                                  2011 kelak. Selain itu juga, jalinan
                 Tuan Haji Ahmad Khair b Mohd Noor
                                                  k e r j as am a  ant ar a  pi hak
                    menyampaikan ceramah beliau
                                                  Perpustakaan  Tuanku  Bainun,   Bengkel penyusunan bahan    7
                                                  UPSI  dengan  pihak  Pejabat
                                                  Pendidikan  Daerah  (PPD)  dan
          sekolah turut tercapai.                                              Berita kakitangan              8

          Majlis penutup program ini telah  disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Bt
          Yaacob. Intipati ucapan penutup oleh Ketua Pustakawan adalah pihak perpustakaan akan
          terus  menganjurkan  program  –  program  akademik  seumpama  ini  di  masa  akan  datang
          dengan  menjalinkan  kerjasama  dengan  pihak  sekolah  dan  jabatan  lain  dalam  menjayakan
          Kempen  Galakan  Membaca UPSI.  Pada  majlis  Penutup  Program  ini,  pihak  perpustakaan
          berbesar hati memberi sijil penghargaan dan cenderahati kepada Tuan Haji Ahmad Khair B
          Mohd  Noor  selaku  penceramah  dan  juga  sijil  penghargaan  kepada  pihak  sekolah  yang
          member  sokongan  kepada  program  yang  dianjurkan  ini.  Peserta  program  juga  turut
          diberikan sijil penyertaan dari pihak Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Pendidikan
          Daerah Batang Padang, Perak. Secara keselurulahan, program ini telah mendapat sambutan
          yang baik dari pihak Sekolah BITARA dan PPD Daerah Batang Padang.


          Oleh    : Nurul Kashfi Subri
          Email  : kashfi@upsi.edu.my
                                                                            Peserta yang terlibat dengan program yang telah dianjurkan
                                                              1
   1   2   3   4   5   6