Page 5 - Buletin Julai 2011_2
P. 5
Menarik! Seronok! Meriah! Itu adalah gambaran yang berlaku di Perpustakaan Tuanku Bainun pada pagi 4 April 2011 yang lalu
apabila seramai 36 orang kanak-kanak tadika 5 tahun dari Pusat Kecemerlangan
Kanak-Kanak UPSI memasuki ruang pameran aras 1 perpustakaan. Kehadiran
tetamu kecil ini yang diiringi oleh 4 orang guru, telah dijemput khas oleh pihak
perpustakaan bagi menjayakan program persembahan boneka yang dianjurkan
sempena gerakan membaca perpustakaan 2011. Persembahan boneka ini
dijayakan dengan kerjasama ahli Kelab Sahabat Pustaka
Tepat 9.50 pagi, kedengaran suara kanak-kanak comel ini berteriak keriangan
menaiki tangga perpustakaan. Kanak-kanak ini seterusnya dijemput mengambil
tempat di hadapan pentas
boneka. Program dimulakan
dengan nyanyian lagu ‘Kalau
anda gembira’ beramai-ramai oleh
kanak-kanak, kakak-kakak AJK dan guru-guru. Selesai sesi nyanyian, persembahan
boneka dimulakan. Semua kanak-kanak yang hadir bersorak apabila diperkenalkan
dengan watak-watak boneka yang comel. Kanak-kanak mula memberi perhatian
apabila cerita dimulakan. Cerita yang dipersembahkan berkisar tentang
perlumbaan di
antara kura-kura,
b a d a k d a n
harimau di mana
akhirnya kura-kura
menjadi johan.
Program diteruskan dengan sesi kuiz spontan di mana kanak-kanak
diberikan soalan yang berkaitan dengan persembahan boneka.
Keterujaan kanak-kanak berkenaan terlihat apabila mereka berebut-
rebut ingin menjawab soalan yang diberikan. Terpancar
kegembiraan di wajah mereka apabila diberi hadiah kerana memberi
jawapan yang betul.
Seterusnya diadakan aktiviti mewarna di mana kanak-kanak
diberikan topeng muka untuk diwarnakan. Topeng muka berkenaan diilhamkan dari watak-watak yang terdapat dalam
persembahan boneka. Gelagat kanak-kanak berkenaan amat mencuit hati apabila masing-masing memakai topeng yang telah
diwarnakan. Ada topeng harimau yang berwarna-warni, ada topeng badak yang berconteng dan ada topeng singa yang berwarna
merah!
Sesi tarian tommy secara beramai-ramai mengakhiri program ini. Sebelum berangkat pulang ke tadika semula, kanak-kanak dan guru-
guru diberikan ‘doorgift’ sebagai penghargaan kepada kesudian pihak Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak menerima jemputan dari
Perpustakaan Tuanku Bainun.
Oleh : Nor Hanizah Zahid
Email : hanizah@upsi.edu.my
5