Page 3 - Buletin Julai 2011_2
P. 3

Sejak  daripada  zaman  persekolahan  lagi  kita  mungkin  telah
          menggunakan  Microsoft  Office.  Suatu  masa  dahulu  juga
          kedengaran kerajaan menggalakkan penggunaan perisian sumber
          terbuka (OSS) melalui Pelan Induk OSS Sektor Awam (sekitar
          pertengahan 2004). Kita dalam pada itu juga tiba-tiba terdedah
          dengan  OpenOffice.  Tetapi  sejauh  manakah  telah  kita  biasa
          dengannya  ?  Pasti  sekali  ramai  yang  hanya  menghadiri  kursus
          OpenOffice,  tetapi  apabila  tiba  di  laman  komputer  sendiri,
          Microsoft Office juga pilihan hati.
          Artikel ini akan mengupas apa itu Google Docs dan bagaimana
          ianya  boleh  dimanfaatkan  sebagai  medium  alternatif  dalam
          pengurusan dokumen pejabat.

                                                                     Documents : alternatif kepada Microsoft Word

                                                                   Selain daripada itu, setiap dokumen di dalam Google
                                                                   Docs  juga  mempunyai keupayaan  perkongsian.  Emel
                                                                   saja  pautan  dokumen  berkenaan  (setelah  melalui
                                                                   opsyen tertentu) kepada rakan dan seterusnya ia sedia
                                                                   untuk  dikemaskini  (sekiranya  pengguna  menetapkan
                                                                   kebenaran  pada  dokumen).  Rakan  pejabat  tersebut
                                                                   tidak perlu mengirimkan semula dokumen berkenaan
                                                                   kerana  semuanya  dilakukan  secara  web  di  atas  fail
          Google  Docs  adalah  set  aplikasi-aplikasi  pejabat  sebagaimana
          Microsoft  Office,  tetapi  ianya  berasaskan  web.  Pendek  kata,   induk. Mudah bukan ? Pengguna mempunyai kuasa di
                                                                   dalam  menentukan  tahap  perkongsian  yang
          ianya  memerlukan  capaian  internet  untuk  menggunakannya.
          Fungsi  aplikasi-aplikasi  ini  agak  asas,  akan  tetapi  sekiranya   dibenarkan.
          digunakan dengan mendalam, ianya banyak kelebihan.

          Untuk mula menggunakan Google Docs, seseorang itu perlulah
          mendaftarkan  diri  dengan  Google  Account.  Setelah  itu,  layari
          saja http://docs.google.com untuk mula menggunakannya.

          Sedikit  pengenalan  tentang  aplikasi  di  dalamnya;  Documents
          adalah  alternatif  ringkas  kepada  Word,  Spreadsheets  adalah
          sefungsi dengan Excel manakala Presentations adalah alternatif
          mudah  kepada  PowerPoint.  Antaramuka  pengguna  yang
          ditawarkan  oleh  ketiga-tiga  adalah  hampir  sama  dengan
          Microsoft  Office  versi  terdahulu.  Maka  pengguna  dirasakan
          tidak memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri.      Sharing settings : Tentukan di tahap mana
                                                                                kebenaran perkongsian
          Disebabkan  oleh  Google  Docs  ini  berasaskan  web,  pengguna
          tidak  perlu  risau  tentang  lokasi  mana  hendak  menyimpan                         Bersambung di muka surat 7
          dokumen  yang  dihasilkan.  Semuanya  disimpan  di  web  dengan
          selamat.  Dokumen  yang  dihasilkan  juga  akan  auto  save,  ini   Oleh    : Khairul Asyrani Sulaiman
                                                                   Email  : asyrani@upsi.edu.my
          tentunya memudahkan.

                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8