Page 7 - Buletin Julai 2011_2
P. 7

Pada 1 Jun 2011, Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia telah
            menganjurkan  ‘Bengkel  Penyusunan  Bahan  Mengikut  Pengkelasan  Library  of  Congress’  di  Bilik
            Serbaguna 2, perpustakaan. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
            kakitangan  bagi  kaedah  penyusunan  bahan  maklumat  berdasarkan  nombor  panggilan  skim
            pengkelasan Library of Congress. Seramai 15 orang daripada kalangan kakitangan perpustakan dan
            Muzium Pendidikan Nasional telah menyertai bengkel ini. Cik Noriha bt Muhammad selaku pustaka-
            wan kanan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Koleksi telah dipertanggungjawabkan sebagai
            fasilitator bagi mengendalikan sesi bengkel tersebut. Pengisian bengkel ini adalah:-
                   Pengenalan kepada nombor panggilan

                   Teknik membaca nombor panggilan
                   Prosidur menyusun nombor panggilan

                   Latihan penyusunan bahan








                                                                  Sesi latihan sedang dijalankan bagi menguji kefahaman peserta





                    Cik Noriha sedang menyampaikan ceramah beliau


           Sambungan dari muka surat 3
           Pengguna juga boleh menyimpan fail Google Docs kepada format Microsoft Office yang serasi. Dengan
           ini,  sekiranya  pengguna  berada  di  dalam  kawasan  yang  tiada  liputan  internet,  mereka  masih  boleh
           membuat pengemaskinian terhadap fail. Setelah itu, pengguna hanya perlu muat naik saja fail berkenaan
           ke Google Docs apabila mempunyai capaian internet.

           Google Docs juga boleh dilihat sebagai medium salinan backup fail-fail pejabat. Fail-fail Microsoft Office
           yang  dihasilkan  oleh  pengguna  sebelum  ini  boleh  dimuatnaik  ke  Google  Docs.  Dengan  ini  pengguna
           mempunyai salinan pendua fail-fail di internet sekiranya komputer mengalami kegagalan. Lupakan saja
           USB Thumb Drive dan mengemel fail-fail berkenaan kepada diri sendiri.

           Untuk  keterangan  fungsi  lebih  jelas  mengenai  Google  Docs,  layari  laman  web  yang  telah  penulis
           nyatakan di atas.


                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8