Page 2 - Buletin Julai 2011_2
P. 2

Penasihat             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
                  Rusliza Yaacob                               Bertemu  kembali  dalam  Info@Pustaka  keluaran  ke  12.
                                                               Alhamdulillah,  pujian  kesyukuran  dipanjatkan  kepada  Allah
                Pen.Ketua Pengarang
                                                               S.W.T.  kerana  dengan  keizinanNya  Info@Pustaka  dapat
                Muliati Abdul Samad
                                                               diterbitkan untuk keluaran seterusnya.
                    Pengarang
                                                               Dikesempatan  ini,  saya  ingin  merakamkan  ucapan  penghargaan
                   Azura Adnan                                 dan  tahniah  kepada  sidang  redaksi  di  atas  daya  usaha  untuk
                  Anizah Tumin                                 menerbitkan  buletin  ini.  Selaku  sebuah  pusat  maklumat,
                                                               Perpustakaan  Tuanku  Bainun  (PTB)  berperanan  dalam
                Noriha Muhammad
                                                               menggalak serta menerapkan budaya membaca di kalangan warga
             Mohd Razalli Ahmad Termizi
                                                               UPSI. Selain daripada meningkatkan jumlah koleksi, perpustakaan
            Mohamed Zaid Mohamed Idris                         juga memberi khidmat nasihat dalam pencarian maklumat dengan
           Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan                      kaedah yang betul dan berkesan. Justeru itu, pelbagai aktiviti telah
                                          dianjur  oleh  PTB  bagi  meningkatkan  kesedaran  warga  UPSI  serta  masyarakat  setempat
                 Penerbit & Edaran
                                          tentang  kepentingan  membaca.  Aktiviti-aktiviti  keilmuan  yang  telah  dianjurkan  oleh  PTB
              Raja Radiah Raja Ahmad      sepanjang Januari-Jun dipaparkan dalam keluaran buletin kali ke 12 ini.
             Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
                                          Diharap  dengan  terbitan  kali  ini,  pembaca  dapat  mengetahui  maklumat  am  mengenai
                   Pereka Web             perpustakaan di samping artikel yang memberikan informasi penting kepada anda semua.
                 Rozman Che Ross











                                Pn. Hjh Siti Sumaizan Ramli mula melapor diri untuk berkhidmat di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI
                                pada 1 Julai 2011. Sebelum itu beliau bertugas di Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS
                                sejak September 1993 dan di Perpustakaan UPM selama 4 tahun iaitu dari November 1989 - Ogos 1993.
                                Memiliki ijazah  BSc. (Hon)  dalam  bidang  Microbiology dari UKM  pada 1986 dan  Post-Grad Diploma in Lib
                                Science, ITM (sekarang UiTM) pada 1988. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak perempuan.

                                Di PKMA,  UNIMAS  beliau mengetuai dan mengurus Bahagian Teknikal/Katalog selama lebih 10 tahun di
                                samping  tugas  sebagai  Pustakawan  Rujukan.  Memainkan  peranan  utama  dalam  perolehan,  latihan  dan
                                implementasi  sistem  perpustakaan  VTLS  (1994-2004)  dan  Millennium  (2005-  ).  Beliau  menjadi  Timbalan
                                Ketua  Pustakawan  di  UNIMAS  pada awal  2008  dan  mengetuai  Bahagian  Pengurusan  dan Perkhidmatan
                                Maklumat  yang  kemudiannya  dikenali  sebagai  Bahagian  Perkhidmatan  (BP).  Tanggungjawab  utama
                                termasuk memantau, mengurus dan mengendalikan unit-unit di bawah BP iaitu Perkhidmatan Pelanggan,
         Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, Sokongan Penyelidikan dan Pengembangan, Repositori Institusi dan juga Perpustakaan Cawangan
         iaitu Perpustakaan Perubatan dan Pengajian Pra-Universiti. Beliau membantu Ketua Pustakawan dalam proses perancangan dan membuat
         keputusan bagi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan untuk pengguna.

         Beliau terlibat secara aktif dalam Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak dan menjadi Pengerusi bagi Sarawak Committee on
         Information Literacy Skills (SCILS). Menjadi pengarang bersama dan pembentang kertas kerja pada persidangan ICOLIS  2008 di Petaling
         Jaya,  Selangor.  Beliau  juga  membentang  kertas  kerja  pada  persidangan  ICOL  2009  yang  diadakan  di  Pulau  Pinang.  Juga  pengarang
         bersama untuk kertas kerja Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 di Kota Bharu, Kelantan. Melibatkan diri dengan program
         Universiti dan komuniti dalam bidang pengurusan ilmu dan maklumat serta lain-lain. Menjadi Ketua Editor bagi buletin PKMA iaitu
         mycais@unimas yang diterbitkan pada Jun dan Disember 2010.

         Kami warga PTB mengucapkan selamat datang kepada beliau. Semoga dengan kehadiran puan dapat membimbing serta meningkatkan
         prestij Perpustakaan Tuanku Bainun.




                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7