Page 1 - Buletin Dis 2013_2
P. 1

http://pustaka.upsi.edu.my

                                                         info@pustaka




                                        Bil. 17/ Disember 2013                                   ISSN :1675-7394

                             WACANA PEMIKIRAN BUDAYAWAN AZAH AZIZ
         Peninggalan Azah Aziz atau lebih dikenali sebagai Mak Ungku dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan
         Melayu cukup besar. Setelah beliau pergi buat selama-lamanya pada tanggal 9 Julai 2012, sumbangan Mak
         Ungku diperdengarkan dalam wacana setengah hari oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dan mengenali beliau.
         Wacana anjuran  Perpustakaan  Tuanku Bainun dengan  kerjasama Persatuan  Penulis Budiman  Malaysia
         (BUDIMAN) diadakan pada 21 November 2013, bertempat di Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku Bainun.
                Antara objektif wacana ialah untuk menyelami dan mengkaji pemikiran pejuang budaya (budayawan)
         Melayu terkenal, iaitu Azah Aziz. Wacana ini memberi input dan nilai tambah kepada masyarakat berkaitan
         isu-isu  semasa serta meningkatkan  penghayatan dan  pengalaman  masyarakat terhadap  budaya Melayu. Di
         samping itu para peserta dapat memperkaya minda melalui perkongsian ilmu di perpustakaan.
   1   2   3   4   5   6