Page 12 - Buletin Jun 2014_2
P. 12

info@pustaka
                                        WACANA KEPELBAGAIAN DAN KEUNIKAN ADAT
                                                   MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN

                                                          Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan






                                                  Wacana  anjuran  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dengan  kerjasama
                                                  Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) ini diadakan pada
                                                  17 Mac 2014 bertempat di Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku

                                                  Bainun  dan  disempurnakan  perasmiannya  oleh  YTM  Tunku  Syed
                                                  Razman  Ibni  Tunku  Syed  Idrus  Al  Qadri,  Tunku  Besar  Tampin,
                                                  Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin
                                                  Kasa, Naib Canselor UPSI.

                                                         Negeri  Sembilan  mempunyai  adat,  kebudayaan,  sejarah,
                                                  tradisi  dan  sistem  politiknya  yang  agak  unik.  Ia  dibuka  oleh
                                                  penduduk  asalnya  iaitu  orang  asli  dari  suku  Sakai,  Semang,  Jakun

                                                  dan Biduanda yang lahir dari perkahwinan campur. Keturunan suku
                                                  Biduanda mewarisi pesaka Dato’-Dato’ Undang Luak Yang Empat
                                                  yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan
                                                  Rembau.

                                                         Adat  perpatih  telah  wujud  di  Tanah  Semenanjung  sejak
                                                  kurun  ke-14,  kekal  menjadi  adat  yang  unik  di  Negeri  Sembilan
                                                  sehingga  sekarang.  Ia  amat  jelas  diterangkan  dalam  pembahagian
                                                  harta  pusaka,  gelaran  dan  juga  suku  yang  memihak  kepada  kaum

                                                  wanita.
                                                         Banyak lagi keunikan yang terdapat dalam adat masyarakat

           YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed   Negeri Sembilan yang dibentangkan oleh pewacana yang berwibawa
                       Idrus Al Qadri             iaitu  Profesor  Madya  Datuk  Paduka  Dr.  Mohd  Rosli  bin  Saludin
                                                  yang mewakili BUDIMAN dan Encik Mohamed Nor bin Mohamed
                                                  Amin atau lebih dikenali sebagai Noramin (bekas juruhebah RTM),
                                                  manakala  Profesor  Madya  Dr.  Abdul  Halim  bin  Ali  sebagai
                                                  moderator.

















         12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16