Page 11 - Buletin Jun 2014_2
P. 11

Sambutan Hari Autisme Sedunia                                                   Bil. 18/ Jun 2014



                                                           Forum dan pameran mengenai autism telah diadakan pada
                                                           11  Mac  2014,  bersempena  sambutan  Hari  Autisme
                                                           Sedunia.  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  mengorak  langkah
                                                           dengan membawa seorang kanak-kanak autism yang telah
                                                           mengukir  nama  di  peringkat  antarabangsa.  Kanak-kanak
                                                           tersebut adalah adik Delwin Cheah Wien Loong, berumur
                                                           11 tahun. Minat dan kecenderungan Delwin Cheah dalam
                                                           lukisan  telah  mendapat  perhatian  dan  galakan  dari  ibu
                                                           bapanya sehingga namanya tercatat dalam Guiness Books of
                                                           Record. Lukisan beliau dipamerkan di Ruang Pameran.
                                                                  Delwin Cheah juga telah menunjukkan kebolehan
                                                           beliau  dengan  melukis  di  hadapan  pengunjung  perpusta-
                                                           kaan pada hari tersebut. Satu forum yang bertajuk ‘Tahap
                 Panel forum ‘Tahap Pengetahuan Ibubapa    Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pemakanan Kanak-kanak
                Terhadap Pemakanan Kanak-kanak Autisme’    Autism’ telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di
                                                           Bilik Serbaguna 1. Ahli panel forum adalah Dr. Kannamah
                                                           Mottan (UPSI) dan Puan Siti Zafirah binti Md Redza, pakar
                                                           dietrik daripada Hospital Slim River manakala moderator
                                                           adalah Puan Siti Sumaizan Ramli.
                                                                  Forum ini mendapat sambutan menggalakkan dari-
                                                           pada  pelajar,  kakitangan,  guru  sekolah  pendidikan  khas
                                                           serta ibu bapa yang mempunyai anak autism. Forum dan
                                                           pameran  ini  telah  membuka  minda  masyarakat  terhadap
                                                           keperluan dan kepentingan pemakanan anak-anak autisma.


                                                           Oleh: Najah Saghirah Haroman

                       Antara hadirin yang mendengar
                                 forum


























                            Lukisan yang dihasilkan semasa

                                   hari perasmian

         11                                                                       Adik Delwin Cheah sedang melukis..
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16