Page 10 - Buletin Jun 2014_2
P. 10

info@pustaka          Kursus  Literacy  and  User  Studies  Tingkatkan  Tahap  Literasi  Maklumat
                               Pustakawan
                               Oleh : Afzanizam bin Dullah Hashim


























         Madam Heather Burrell menerima cenderahati daripada
         Ketua Pustakawan

                                                                                Antara pustakawan yang menghadiri kursus


         Literasi  maklumat  atau  Information  literacy  secara  umumnya  adalah  kebolehan  seseorang  mengenal  pasti,
         mengurus  dan  menggunakan  maklumat  secara  efektif  bagi  tujuan  tertentu.  The  American  Library  Association

         menyatakan information literacy is the set of skills needed to find, retrieve, analyze, and use information. Berdasar-
         kan kepada huraian ini kemahiran dalam literasi maklumat ini adalah penting pada zaman lambakan maklumat
         masa kini. Merujuk kepada kepentingan ini kursus Literacy and User Studies telah diadakan untuk pustakawan
         pada 20-21 Mei 2014 bertempat di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun. Kursus selama dua hari ini
         telah dikendalikan oleh seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang literasi maklumat iaitu Heather
         Burrell. Beliau yang berkelulusan dalam B.A.,  Library and Information Science dari Charles Sturt University,

         New  South  Wales,  Australia  berpengalaman  bertugas  sebagai  pengurus,  Learning  Resources  The  Bremer
         Institute of TAFE dan di Information Services Southbank Institute of Technology.
                Objektif kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan kepakaran, kemahiran dan pengetahuan dalam
         literasi  maklumat  di  kalangan  pustakawan.  Hasilnya  dapat  membantu  pustakawan  mengendalikan  Program
         Pendidikan  Pengguna  untuk  pelajar  dengan  lebih  efektif  dan  juga  memberi  kesedaran  kepada  kakitangan

         bawahan kepentingan literasi maklumat. Kursus dua hari ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pustakawan, Puan
         Siti Sumaizan binti Ramli dikendalikan dalam dua kaedah pengajaran iaitu ceramah dan latihan berkumpulan. Isi
         kandungan  kursus  adalah  seperti  berikut  iaitu  pengenalan  kepada  Information  literacy  standards,  putting  the
         theory  into  practice,  mapping  exercise  dan  latihan  dalam  kumpulan  iaitu  membangunkan  modul  latihan
         perkhidmatan pengguna serta persembahan kumpulan. Semua pustakawan telah memberikan kerjasama yang
         baik  sepanjang  kursus  ini  berlangsung.  Hasil  dari  kursus  ini  diharapkan  dapat  memberi  impak  yang  positif
         kepada peningkatan mutu perkhidmatan di perpustakaan terutama dalam pengendalian Program Pendidikan

         Pengguna.



         10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15