Page 6 - Buletin Jun 2014_2
P. 6

info@pustaka                 WACANA PEMIKIRAN DR. SHAARI ISA : IKON PENDIDIKAN
                                                                   MALAYSIA



















                                                                               Ucapan perasmian oleh Profesor Dato’ Dr. Noraini
                                                                                    Idris TNC (Penyelidikan dan Inovasi)












              Dr. Shaari Isa  menyampaikan
                     ucapan

                                           Peserta khusyuk mendengar



          Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa telah berlangsung pada 1 April 2014, dan dirasmikan oleh Profesr Dato’
          Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Wacana ini turut dihadiri Timbalan

          Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Y. Bhg. ACP (Kehormat) Dato’ Paduka Dr. Junaidi bin Abu
          Bakar dan pegawai kanan universiti, pensyarah, alumni UPSI, guru-guru sekolah serta pelajar-pelajar UPSI.
          Program  selama 2 jam ini dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali, dari Fakulti Bahasa dan
          Komunikasi sebagai moderator, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan sebagai pengucap utama
          dan Dr. Shaari Isa sendiri sebagai ahli panel jemputan.

                 Dr. Shaari Isa merupakan tokoh yang memulakan pengalaman kerjayanya sebagai pensyarah di Sultan
          Idris Training College (SITC) seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai di Bahagian Perancangan dan Penyelidi-
          kan  Dasar  Pendidikan.  Beliau  pernah  berkhidmat  sebagai  Bendahari  di  Universiti  Utara  Malaysia sebelum

          berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya sebagai pensyarah. Beliau juga menyum-
          bang bakti di bawah Skim Tenaga Pengajar Khas, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI pada tahun 2011.
                 Profesor  Emeritus  Dato’  Dr.  Mohd.  Yusof  Hasan  berjaya  mengupas  serta  meneroka  pemikiran
          Dr. Shaari Isa menerusi hasil-hasil penulisan beliau sama ada dalam bidang penulisan kreatif seperti novel dan
          cerpen, bidang ilmiah seperti bidang Sains, Matematik, Perakaunan, Perdagangan, Pengauditan, Teknik dan

          Vokasional,  Keusahawanan,  Politik  serta  Agama  terbitan  dalam  dan  luar  negara.  Antara  karya  novel
          Dr. Shaari Isa yang dibincangkan adalah Kampung Kirkby, Lepaskan Kembali Aku ke Laut (3 Jilid), Maktab Ibu
          Kandung, Suara dari Rimba, Projek PL5 dan Vandetta and Abuse of Power.
         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11