Page 2 - Buletin Jun 2014_2
P. 2

info@pustaka                                     Dari Meja Ketua Pustakawan



                             Bidang kepustakawanan masa kini mengalami transformasi untuk memberi lebih tumpuan kepada
                             perkhidmatan dan sistem penyampaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Pustakawan perlu
                             bersikap  lebih  profesional,  berorientasi  teknologi  maklumat,  multi  tasking  dan  cross  functional
                             dalam menangani arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
                             Pembaharuan  dalam  perkhidmatan  perpustakaan  dan  user  engagement  menjamin  kepuasan
                             pelanggan  dan  menarik  mereka  terutamanya  pelajar  untuk  mendekati  perpustakaan  bagi
             mendapatkan ilmu dan maklumat secara fizikal atau maya. Perkhidmatan rujukan bukan sahaja boleh didapati di
             dalam  perpustakaan  malah  melalui  Facebook,  Twitter  dan  media  sosial  lain.  Ruang  untuk  berdiskusi  yang  lebih
             santai dengan kemudahan minuman ringan disediakan untuk keselesaan pelanggan perpustakaan.

             Fokus kepada perkhidmatan maklumat dan rujukan, perpustakaan telah melantik pustakawan penghubung fakulti
             untuk memastikan setiap fakulti mendapat informasi terkini daripada perpustakaan dan membantu dalam keperluan
             pengajaran,  pembelajaran  dan  penyelidikan.  Harapan  kami,  perpustakaan  akan  terus  menjadi  tempat  rujukan
             keilmuan,  pinjaman  bahan  bacaan  dan  penggunaan  maklumat  kian  bertambah  sejajar  dengan  peningkatan
             pembangunan koleksi perpustakaan.

             Rusliza Yaacob






                                                             Dari Meja Ketua Pengarang



                             Perpustakaan mengorak langkah dalam menyebarkan ilmu dan maklumat kepada semua pelanggan
                             dan warga kampus serta masyarakat luar dengan menerbitkan isu terkini Info@pustaka keluaran
                             Jun 2014.  Kali ini pelbagai artikel disediakan untuk pembaca di dalam perpustakaan dan di luar
                             sana.  Di  antara  topik  yang  disajikan  ialah  Hari  Terbuka  Perpustakaan,  RDA:  Transformasi
                             Pengkatalogan,  Seminar  Citation,  Journal  Impact  Factor,  H-Index:  Their  Meaning  and  Impact  on
             Researchers and Institution, Pameran produk perpustakaan di International Digital Library Conference 2014 (ITEX
             2014), Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan , Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa,
             dan Sambutan Hari Autisma Sedunia.

             Perpustakaan sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada pelanggan, ahli luar
             dan  masyarakat.  Peranan  perpustakaan  dalam  menyediakan  sumber  maklumat  bercetak  dan  elektronik  untuk
             memantapkan sistem sokongan terhadap pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti. Perpustakaan juga
             aktif  dalam  mengadakan  siri  wacana  dan  perkongsian  ilmu  serta  pameran  bertema  yang  memberi  nilai  tambah
             kepada ilmu dan maklumat sedia ada.  Semoga isu kali ini menarik lebih minat dan menjadi tambahan ilmu kepada
             para pembaca. Selamat membaca!

             Siti Sumaizan Ramli







         2
   1   2   3   4   5   6   7