Page 4 - Buletin Jun 2014_2
P. 4

Seminar “Citation,  Journal  Impact  Factor,  H-Index: Their                               Bil. 18/ Jun 2014

         Meaning and Impact on Researchers and Institutions”


          Pada 23-24 April 2014 bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur telah berlangsung satu Seminar

          Citation, Journal Impact Factor, H-Index: Their Meaning and Impact on Researchers and Institutions yang dihadiri
          oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob dan pustakawan Encik Nurul Kashfi Subri. Peserta seminar ini
          terdiri    daripada pensyarah, pustakawan, penyelidik institusi pengajian awam dan swasta serta pegawai dari
          Pusat Sitasi Malaysia.

                 Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik, pensyarah, pustakawan dan pegawai
          pusat sumber dan pengamal maklumat yang berminat untuk mengetahui dan mendalami perkara berkaitan
          dengan keperluan sitasi (citation) yang dapat membantu penerbitan univesiti, bagaimana sitasi itu terhasil dan
          pengiraan dalam sesuatu penerbitan. Seminar dua hari ini juga menerangkan bagaimana cara untuk menerbit-

          kan sesuatu penyelidikan dan artikel penyelidikan yang menarik minat  penyelidik lain untuk ‘cite’ artikel yang
          diterbitkan.

                 Seminar ini telah dijayakan oleh Profesor Dr. Szarina Abdullah yang merupakan pakar bibliometrik di
          Malaysia. Beliau merupakan bekas profesor di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA dan
          sekarang  menjadi  principal  Consultant  Wisdom  Synergy  Enterprise.  Pengalaman  beliau  yang  luas  dalam
          bidang bibliometrik telah membantu Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi
          (MOSTI) menghasilkan dan menerbitkan Bibliometric Study of Science and Technology 2012 dan 2013. Tujuan
          utama kajian adalah untuk mengenalpasti status pengeluaran pengetahuan (knowledge production) dan kesan

          pengetahuan (knowledge impact) bagi hasil kajian di Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan sains sosial
          yang telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa yang utama.

                 Hasil dari seminar ini dapat membantu pihak perpustakaan memgenal pasti keperluan dalam mengha-
          silkan satu kajian dan laporan berkaitan dengan penerbitan pensyarah UPSI. Laporan Bibliometrik terbitan
          pensyarah UPSI telah dihasilkan oleh pihak perpustakaan dalam mengkaji sebarang peningkatan penerbitan
          dikalangan  pensyarah  dan  kenal  pasti  pensyarah  yang  paling  banyak  menghasilkan  penerbitan.  Ini  dapat
          memberi ruang kepada pihak perpustakaan dalam memperbaiki dan menambah mutu perkhidmatan dan ba-
          han dalam menyokong keperluan penerbitan pensyarah dan penyelidikan UPSI amnya.























                                        Profesor Dr. Szarina Abdullah, pakar bibliometrik  bergambar

         4                              kenangan bersama peserta seminar
   1   2   3   4   5   6   7   8   9