Page 8 - Buletin Jun 2014_2
P. 8

info@pustaka
                                                      RDA : Transformasi Pengkatalogan



          RDA adalah singkatan untuk Resource Description and Access, yang merupakan satu standard antarabangsa
          baru pengkatalogan menggantikan Anglo-American Cataloguing Rules 2nd. Edition (AACR2) bagi memenuhi
          keperluan dunia digital dan teknologi masa kini kerana AACR tidak lagi dapat menampung keperluan untuk
          bahan-bahan digital.


          Standard RDA telah diperkenalkan oleh Joint Steering Commitee for the Revision of AACR (JSC) pada tahun
          2005  dan  diterbitkan  pada  tahun  2010.    Pada  30  Mac  2013,  Library  of  Congress  telah  menggunakan
          sepenuhnya  RDA  dan  diikuti  oleh  perpustakaan  besar  lain  seperti  National  Library  of  Australia,  British
          Library dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

          RDA dibangunkan atas landasan AACR2 yang menyediakan rujukan untuk deskripsi dan akses kepada semua
          jenis  bahan  pelbagai  media.    AACR  tidak  lagi  diguna  pakai  dan  tidak  lagi  dikemas  kini  pada  masa  akan
          datang.  Standard  RDA  telah  diterima  pakai  di  peringkat  antarabangsa  sebagai  standard  yang  digunakan
          dalam  pembinaan rekod  bibliografik.    Standard RDA  memastikan  kandungan  data dalam pangkalan  data
          bibliografik  memenuhi  keperluan  pengguna  untuk  mencari,  mengenal  pasti,  memilih  dan  mendapatkan
          (find, identify, select, obtain) bahan maklumat dengan lebih efektif dan efisyen.

          Standard  RDA  adalah  berasaskan  kepada  Functional  Requirement  Bibliographic  Record  (FRBR)  dan
          Functional  Requirement  Authority  Data  (FRAD).    Ia  adalah  merupakan  suatu  konseptual  atau  dikenali
          sebagai  entity-relationship model  yang dibangunkan oleh International Federation of Library Associations
          and  Institutions  (IFLA).    Ia  merupakan  satu  pendekatan  yang  menyeluruh  dari  segi  akses  dan  dapatan
          semula  maklumat  kerana  ia  menyediakan  pautan  antara  satu  entiti  dengan  entiti  yang  lain  dengan
          menavigasi hierarki hubungan (hierarchy of relationship).


          Sesebuah    agensi  maklumat  perlu  memastikan    sistem  pengurusan  perpustakaan/Library  Management
          System yang sedia ada dapat membangunkan entity-relationship model  ini bagi memenuhi keperluan FRBR
          sebelum  mengunapakai  standard  RDA.    Tujuan  utama  FRBR  ini  adalah  untuk  mempertingkatkan  lagi
          pencarian  di  OPAC  dengan  memberi  lebih  pilihan  kepada  pengguna  untuk  mendapatkan  bahan  atau
          maklumat yang dikehendaki.


          PNM  telah  menerbitkan  buku  panduan  RDA  Malaysia  sebagai  rujukan  kepada  pelaksanaan  RDA  untuk
          agensi  maklumat  di  Malaysia.  Core  Elements  yang  disarankan  oleh  PNM  adalah  elemen  teras  sebagai
          senarai bidang (fields) minimum yang perlu disediakan di dalam rekod bibliografik dan boleh ditambah baik
          mengikut  keperluan  agensi.  Semua perpustakaan di Malaysia telah disarankan  mengaplikasikan  standard
          RDA bagi memastikan rekod pengkatalogan adalah selari dengan keperluan standard antarabangsa.

          Apakah  kelebihan  RDA?  RDA  merupakan  alat  pengkatalogan  atas  talian  yang  interaktif,  merangkumi
          rangkaian yang lebih luas kerana semua aspek bahan akan dapat direkodkan dengan terperinci, membuat
          penambahbaikan  utama  dalam  memberi  keupayaan  kepada  pengguna  untuk  memilih  sumber  yang
          memenuhi keperluan mereka dan mempunyai keupayaan untuk menghubungkan antara satu entiti dengan
          entiti yang lain dengan menggunakan konsep entity-reationship model.



         8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13