Page 3 - Buletin Jun 2014_2
P. 3

Bil. 18/ Jun 2014
           Ahlan wa sahlan ya Ramadhan: Cintai Al-Quran



         Sempena program Hari Ilmu dan Budaya Membaca, Perpustakaan
         Tuanku  Bainun  telah  mengadakan  ceramah  ‘Cintai  Al-Quran’
         pada 27 Jun 2014 bersamaan 29 Sya’ban 1435H di Bilik Serbaguna
         1,  PTB.  Penceramah  merupakan  pensyarah  Darul  Quran,  Kuala
         Kubu  Bharu  dan  penceramah  bebas  iaitu Ustaz Wan  Mohamad

         Nor  bin  Wan  Ali.  Beliau  berasal  dari  Kelantan  dan  mendapat
         ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir.
         Majlis  ini  turut  dihadiri    oleh  Profesor  Dr.  Omar  bin  Abdull
         Kareem, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
         Antara intipati ceramah adalah :
              Al-Quran  merupakan  bacaan  yang  paling  utama  dalam

                kehidupan seharian.
              Ramadhan adalah bulan membaca al-Quran.
              Mencintai al-Quran adalah kewajiban umat Islam.            Ustaz Wan Mohd Nor bin Wan Ali, pensyarah Darul Quran
              Adab-adab membaca al-Quran.
              Kehebatan/ Keistimewaan al-Quran :

                      Sebagai sumber hidayah
                      Kitab yang syumul
                      Kekal tanpa sebarang perubahan
                      Sebagai syifa’ /penawar
                      Sesuai sepanjang zaman.
         Aktiviti ceramah seperti ini dapat menambahkan ilmu dan
         kesedaran  kepada  kita  untuk  membudayakan  membaca

         al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

         Oleh: Noriati Nordin



                                                                             Antara hadirin yagng hadir mendengar ceramah























         3
   1   2   3   4   5   6   7   8