Page 5 - Buletin Jun 2014_2
P. 5

info@pustaka
                                  International Digital Library Conference (IDLC) 2014

          Pada  8-10  April  2014,  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  (PTB)
          menjadi  wakil  Malaysia  di  dalam  pameran  poster  sempena
          International  Digital  Library  Conference  (IDLC)  2014,  anjuran
          Perpustakaan Negara Malaysia di The Royale Chulan Hotel, Kuala
          Lumpur.  Poster  tersebut  hasil  inovasi  yang  dibangunkan  sendiri
          secara  dalaman  iaitu  mengenai  iPUSTAKA,  SiberPROP  dan

          Pustaka VRS.
                 Pustaka  VRS  adalah  sistem  penilaian  prestasi  pembekal
          yang telah dibawa bertanding ke Malaysia Technology Expo 2013
          di  PWTC  dan  berjaya  memperoleh  pingat  gangsa.  SiberPROP
          pula  adalah  sistem  pendaftaran  dan  pengurusan  program
          pendidikan pengguna yang sistematik, manakala iPUSTAKA adalah
          inovasi  terkini  berasaskan  Android.  iPUSTAKA  mempunyai
          beberapa fungsi unik yang membolehkan pengguna mengenali dan
          mendapat  hebahan  terkini  mengenai  perpustakaan  secara  terus
          ke telefon pintar Android.
                 Semua produk yang dibawa PTB telah diterima baik oleh
          para peserta persidangan dan ada yang telah menunjukkan minat
          terhadap produk berkenaan di organisasi mereka. SYABAS!



              International Invention, Innovation

                    and Technology Exhibition

                                                                           International  Invention,  Innovation  and
                                                                           Technology  Exhibition  (ITEX)  telah
                                                                           berlangsung  pada  8-10  Mei  2014
                                                                           bertempat di Kuala Lumpur Convention
                                                                           Centre.  Perpustakaan  Tuanku  Bainun
                                                                           (PTB)  telah  menghantar  projek
                                                                           SiberPROP  untuk  dipertandingkan  dan
                                                                           telah  berjaya  merangkul  pingat  perak.
                                                                           SiberPROP  adalah  sistem  pendaftaran
                                                                           dan  pengurusan  program  pendidikan
                                                                           pengguna, penghasilan laporan, graf dan
                                                                           statistik.  SiberPROP  dihasilkan  sendiri
                                                                           oleh  Perpustakaan  Tuanku  Bainun
                                                                           melalui  kerjasama  Unit  Teknologi
                                                                           Maklumat  dan  Unit  Pendidikan
                                                                           Pengguna.


                                                                           Oleh: Khairul Aysrani bin Sulaiman







         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10