Page 2 - Buletin Dis 2015_2
P. 2
Muka surat 2 Info@pustaka
Dari Meja Ketua Pustakawan
Perkhidmatan perpustakaan dewasa ini lebih banyak tertumpu kepada
penyediaan maklumat secara ‘open access’ iaitu maklumat percuma dan
terbuka kepada semua pelanggan. Ini bertujuan untuk memberi tambahan
akses kepada sumber atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan; supaya
perkongsian ilmu bertambah luas dan bersifat ‘borderless’.
Dalam menangani perkembangan arus teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran, peranan perpustakaan dalam ‘blended learning’ dan MOOC
(Massive Open Online Courses) menjadi lebih pelbagai. Perpustakaan
menggunakan media sosial dalam berurusan dengan pelanggan dan
mengambil iniasitif untuk memberi respon kepada keperluan maklumat
pelanggan dengan lebih cepat dan efektif.
Untuk memasyarakatkan ilmu dan maklumat, perpustakaan giat mengan-
jurkan wacana keilmuan mengikut topik semasa atau tokoh yang terpilih,
“Untuk
mengadakan pameran bertema dan program khidmat masyarakat atau CSR
memasyarakatkan (Corporate Social Responsibility) di institusi luar. Usaha ini diteruskan
ilmu dan untuk meningkatkan lagi budaya membaca dan menambahkan ilmu
maklumat, pengetahuan terutama dalam kalangan pelajar sekolah sehinggalah kepada
guru, pegawai kerajaan dan korporat, suri rumah dan pesara. Ini menepati
perpustakaan giat
dengan saranan kerajaan yang memberi keutamaan kepada pembelajaran
menganjurkan secara berterusan dan ‘human capital’ yang berpengetahuan.
wacana keilmuan
mengikut topik Rusliza Yaakub
semasa atau
tokoh yang
terpilih”
Dari Meja Ketua Pengarang
Info@pustaka menjadi wadah kepada penyebaran maklumat kepada se-
mua pelanggan dalam membudayakan membaca dan menambah ilmu pen-
getahuan. Perpustakaan berpeluang mendekati para pembaca dengan sa-
jian berita serta artikel yang menarik dan berinformasi untuk tambahan
maklumat kepada semua tentang peranan perpustakaan dan program
yang dianjurkan saban tahun.
Keluaran Info@ pustaka kali ini memaparkan beberapa artikel berkaitan
penyertaan warga perpustakaan dalam International Invention Innovation
Exhibition (ITEX), aktiviti NILAM, lawatan oleh Yayasan Warisan Johor, se-
kitar Hari Terbuka perpustakaan dan berkongsi buku kegemaran Mamat
Khalid.
Kami sedar walaupun ramai pembaca tidak dapat mengikuti program dan
aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan, maklumat program dan
aktiviti tesebut tetap sampai kepada semua pembaca secara atas talian.
Dengan harapan yang positif ini, kami akan sentiasa menyajikan pelbagai
berita untuk tatapan semua. Selamat membaca!
Siti Sumaizan Ramli