Page 5 - Buletin Dis 2015_2
P. 5

Muka surat 5


           Pustaka  VRS  yang  mana  penyelidiknya  terdiri  daripada  Puan  Rusliza,  Puan  Siti
           Sumaizan, Encik Mohd  Razalli, Puan Najah Saghirah dan Encik Khairul Asyrani pula
           memperolehi pingat Gangsa. Namun ianya tetap satu kejayaan yang boleh dibanggakan
           kerana  adalah  sukar  dengan  persaingan  sengit  dari  serantau  pelosok  dunia  di  medan
           inovasi ini. Pustaka VRS merupakan suatu inovasi di dalam penilaian prestasi pembekal
           buku.
           Bermula  daripada  penilaian,  pengesahan  penilaian,  penjanaan  laporan,    pembinaan
           statistik  sehinggalah  kepada  hasil  laporan  ke  dalam  format  Adobe  PDF    semuanya  di
           tangani dengan sistematik oleh Pustaka VRS. Setakat ini Perpustakaan  Universiti Islam
           Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggunapakai sistem ini untuk penilaian prestasi
           pembekal tahun 2014.
           Semoga  dengan  kejayaan  ini  menjadi  pemangkin  kepada  kakitangan  Perpustakaan
           Tuanku Bainun untuk menyemarakkan inovasi berterusan demi kebaikan semua pihak.

                                                                          Oleh: Khairul Asyrani Sulaiman

















                              SUMBANGAN BUKU OLEH PENULIS WARGA UPSI


                                              Tanjong  Malim,  13  Mei  2015  –  Pegawai  Tadbir  UPSI,
                                              saudara  Ismail  b.  Man  telah  berkhidmat  di  Universiti
                                              Pendidikan  Sultan  Idris  selama  13  tahun  namun  siapa
                                              dapat  menjangka  rupanya  beliau  mempunyai  bakat
                                              terpendam  dalam  bidang  penulisan.  Hasil  karya  beliau
                                              yang    pertama     berjudul    ‘Hembusan      Rindu’    telah
                                              mendapat      sambutan      yang    menggalakkan.      Dalam
                                              kesibukan  menjalankan  tugas,  kini  beliau  tampil
                                              menghasilkan  karya  kedua  kesinambungan  dari  novel
                                              yang  pertama  berjudul  ‘Tangisan  Rindu’.  Baru-baru  ini,
                                              En.  Ismail  telah  bermurah  hati  untuk  menyampaikan
                                              sumbangan  novel  beliau  sebanyak  5  naskhah  untuk
                                              koleksi    Perpustakaan        Tuanku      Bainun.      Pihak
                                              perpustakaan  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan
                                              atas  sumbangan  yang  diberikan.  Semoga  beliau  terus
                                              sukses  dalam  dunia  penulisan  dan  cemerlang  dalam
                                              kerjaya.

                                                                                   Oleh: Norhanizah Zahid
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10