Page 7 - Buletin Dis 2015_2
P. 7
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SEKSYEN 18 SHAH ALAM, SELANGOR
Pada 26 Februari 2015, seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Pusat
Sumber Sekolah telah berkunjung ke Perpustakaan Tuanku Bainun ditemani 4 orang guru
pengiring. Pihak sekolah memohon kursus atau taklimat diberi kepada para peserta yang
berkaitan dengan pengurusan koleksi dan kaunter. Antara pengisian sepanjang lawatan
ini adalah taklimat mengenai:
Pengenalan Perpustakaan oleh Pn. Nora bt Jamaharee (Bahagian Pengurusan
Perkhidmatan dan Maklumat);
Pembelian bahan oleh Cik Noriha bt. Muhammad (Bahagian Perolehan);
Pengkelasan bahan oleh En. Mohd Razalli B. Ahmad Termizi (Bahagian Pengkatalogan);
Penyusunan buku oleh Pn. Nor Hanizah bt. Zahid (Bahagian Pembangunan Koleksi);
Perkhidmatan Kaunter oleh Pn.Siti Fairus bt. Sariat & Pn. Saaidah bt. Ibrahim ( Bahagian
Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat).