Page 4 - Buletin Dis 2015_2
P. 4

Muka surat 4                                                                      Info@pustaka

                Kejayaan para penyelidik Perpustakaan Tuanku Bainun di ITEX 2015


















                 ITEX  atau  International  Invention  Innovation  Exhibition  mula  menarik  minat  ramai
                 penyelidik pada tahun 1989. Semenjak itu, ITEX menjadi platform untuk para pencipta
                 dari  segenap  pelosok  dunia  untuk  mempersembahkan  penciptaan  mereka.  Bagi
                 penyelidik  yang  mengemukakan  idea  dan  mutu  penciptaan  yang  baik,  pingat  Emas
                 akan diberikan diikuti oleh pingat-pingat Perak dan Gangsa. ITEX juga menjadi medan
                 bagi para penyelidik bertemu dengan para pelabur bagi mengkomersilkan penciptaan
                 mereka.
                        Perpustakaan Tuanku Bainun mula menghantar penyertaan ke ITEX semenjak
                 2014 yang ketika itu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dengan membawa
                 produk  SiberPROP.  SiberPROP  atau  singkatan  kepada  Sistem  Bersepadu  Program
                 Pendidikan  Pengguna  berjaya  menggondol  pingat  Perak.  SiberPROP  telah  mengubah
                 lanskap pendaftaran dan pengurusan Program Pendidikan Pengguna yang disediakan
                 oleh Perpustakaan Tuanku Bainun kepada semua pelajar baharu. Program Pendidikan
                 Pengguna diadakan bagi menunjuk ajar kepada mereka teknik-teknik serta panduan
                 khusus untuk memaksimakan pengalaman para pelajar menggunakan perkhidmatan
                 yang disediakan oleh pihak perpustakaan. SiberPROP sedia digunakan di mana-mana
                 peranti  seperti  komputer,  tablet  mahupun  telefon  pintar  yang  mempunyai  akses
                 internet. Pelajar boleh menyemak jadual program yang memilih kelas yang bersesuaian
                 dengan jadual masing-masing. Bagi pentadbir sistem pula, SiberPROP mengambil alih
                 peranan penjanaan laporan dan statistik sejurus selepas akhir kelas. Tidak lagi perlu
                 bergantung  kepada  borang  manual  dan  analisa  pengiraan  menggunakan  perisian
                 komputer tertentu untuk menghasilkan laporan.
                        Pada  tahun  2015,  di  ITEX  2015  juga  bertempat  di  Kuala  Lumpur  Convention
                 Centre,  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  telah  menghantar  dua  produk  untuk
                 dipersembahkan  iaitu  Offline  Public  Access  Catalogue  (OffPAC)  dan  Pustaka  Vendor
                 Rating  System  (Pustaka  VRS).  OffPAC  di  mana  penyelidiknya  terdiri  daripada
                 Encik Khairul Asyrani, Encik Mohd Razalli, Encik Mohd Hizam dan Puan Siti Sumaizan
                 telah berjaya memikat hati pihak juri dengan membawa pulang pingat Emas. OffPAC
                 adalah  satu  aplikasi  untuk  telefon  pintar  yang  dibangunkan  bagi  memudahkan
                 pengguna   perpustakaan mengesan bahan terus ke rak walaupun tanpa mempunyai
                 akses    internet. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan kemudahan pengimbas kod
                 bar dan kod QR bagi membaca nombor siri ISBN atau ISSN. Nombor siri yang diimbas
                 ini      kemudiannya akan dipadankan dengan pangkalan data dalaman OffPAC bagi
                 menentukan  sama  ada  bahan  tersebut  telah  ada  di  koleksi  Perpustakaan  Tuanku
                 Bainun atau tidak. Ianya amat berguna sekiranya para penggunanya berada di kedai-
                 kedai  buku  atau  perpustakaan  lain  bagi  membantu  mereka  membuat  keputusan
                 pembelian atau peminjaman.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9